Jamah Lauk Dibekal Isteri, Lelaki Ini Hanya Tersengih ‘Dibahan’ Member Bujang

Pada masa kini, sudah jarang orang membawa bekal ke sekolah mahupun pergi ke kerja padahal ianya sangat menjimatkan.

Bukan sekadar jimat, malah kita sendiri tahu bahawa makanan tersebut bersih apatah lagi ianya merupakan daripada air tangan insan tersayang seperti ibu ataupun isteri.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini tersenyum saat dirinya dibahan gara-gara membawa bekalan mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bosshukex atau Mohd Shukrie Rahim, kelihatan lelaki tersebut sedang makan tengahari bersama rakan-rakannya yang lain.

Bagaimana pun, dia dilihat dibahan oleh rakannya sewaktu sedang menjamah air tangan isteri yang dibawa daripada rumah.


Rakannya berseloroh kerana menjamah menu restoran ‘meriah’ penuhi pinggan berbanding Mohd Shukrie yang mempunyai lauk sederhana.

“Makan lauk meriah-meriah, macam dah takde hari esok. Datang yang ni (merujuk Mohd Shukrie)..,” seloroh rakannya itu sambil ketawa.

Pun begitu, lelaki ini kelihatan sangat tenang dan hanya tersengih melihat gelagat rakannya itu apatah lagi ketika rakannya yang lain berseloroh tentang tupperware aiskrim dan kartun ‘avengers’

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen membahan semula golongan bujang tersebut kerana memandang rendah kepada lelaki itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga ‘salute’ dengan lelaki tersebut yang menghargai air tangan isterinya malah tidak hairan dibahan kerana jelas makanannya dijamin lebih bersih dan sedap berbanding di luar.

Antara komen warga maya:

“air tangan isteri adalah yang terbaik, jimat pun jimat, ni makan kat mamak sekali makan boleh beli ayam sekor”

“sedih yang dok cakap tu makan meriah kat kedai je balik rumah beli bungkus juga silap2 masak maggie.. kurang2 yang bawa bekal tu balik makan masakan isteri lagi”

“takat kedai mamak ni aku tak kisah sebab bini aku masak lagi sedap dari kedai”


Video yang tular di laman TikTok:

@bosshukexSedihkan saya kena buli …hahah♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe