“Jangan main henjut ikut sedap kepala kau je!” Suami Risteena Sound Wartawan Portal Hiburan

Beberapa hari lepas tular kisah mengenai pasangan selebriti yang baru sahaja mendirikan rumah tangga iaitu Risteena dan Isa Khan.

Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021, dikatakan telah memuat naik gambar berbulan madu di Sabah di akaun media sosial.

Isa Khan muat naik kenyataan tidak puas hati kepada wartawan

Gambar tersebut telah tular dan menimbulkan persoalan bagaimana mereka boleh merentas sejauh itu.

Sehubungan dengan itu, menerusi laman Instagram suami kepada pelakon Risteena, iaitu Isa Khan, memuat naik kenyataan tidak puas hatinya terhadap wartawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ™ عيسى خان (@theisakhan)

Wartawan terbitkan artikel berbaur fitnah

Difahamkan wartawan tersebut dari sebuah portal hiburan yang katanya telah menerbitkan artikel berbaur fitnah yang mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu viral pasangan ini.

Terdahulu ada dakwaan mengenai pasangan ini yang dikatakan menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah.

Berdasarkan gambar itu yang dikongsikan, wartawan berkenaan cuba menghubungi Isa untuk menemubualnya mengenai isu tersebut.

Kau tulis artikel ikut sedap kepala kau dah kenapa

Akan tetapi Isa berkata, belum sempat dia membalas mesej itu, portal berkenaan telah menerbitkan satu artikel mengenai mereka.

“Belum sempat aku bagi statement apa-apa, kau tulis artikel ikut sedap kepala kau dah kenapa?”

Artikel bau fitnah dan timbulkan salah faham

“Siapa ajar bro? And then kau nak cover pungkuq kau, kau tulis lagi satu artikel cakap netizen yang tuduh bukan-bukan.”

“Aku rasa yang busuk hati tu kau kot. Aku minta kau remove artikel itu sebab berbaur fitnah dan boleh menimbulkan lagi banyak salah faham. Itu pun kau tak boleh nak buat??”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ™ عيسى خان (@theisakhan)

Bangga sangat dengan artikel sampah kau

“Bangga sangat dengan write up sampah kau tu ke? Ini memang jenis makhluk bebal yang tahap tak faham bahasa dah ni,” tulis Isa.

Pada masa yang sama, Isa Khan menegaskan kedatangannya ke Sabah sememangnya bertujuan untuk menguruskan hal-hal perniagaan.

Ada masa aku luangkanlah bersama isteri

“Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan pada pihak yang bertugas. Ada masa, aku luangkanlah bersama isteri. Mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja.”

“Eh bro, lain kali tanya dulu. Jangan main henjut ikut sedap kepala kau je. Nak muntah aku baca artikel kau. #cheap,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ™ عيسى خان (@theisakhan)

Kami di Sabah ada urusan kerja

Sementara itu, Risteena melalui Instagramnya menafikan artikel yang dilaporkan portal hiburan sehingga mengundang banyak salah faham netizen.

“Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah mendapatkan surat merentas untuk tujuan kerja. Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” tulisnya.

Kami dapat surat rentas untuk tujuan kerja

“Haih, artikel yang keluar pun mengundang salah faham betul. Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja.”

“Saya yakin pihak polis lebih arif. Jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya hanya untuk puaskan hati semua orang.”

Harap semua tidak buat spekulasi yang tidak betul

“Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG. Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Berhubung isu berkenaan, menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung viral yang membabitkan pasangan selebriti itu.

Pemohon kemukakan surat jalankan tugas 

Semakan awal mendapati, pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada suami selebriti berkenaan di Balai Polis Setapak pada jam 5 petang, 20 Mac 2021.

Permohon ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen itu, polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac.

Orang ramai pertikaian bagaimana mereka dapat kebenaran

“Bagaimanapun, gambar lelaki berkenaan bersama isterinya kemudian viral di media sosial. Pasangan itu dikatakan pergi berbulan madu di kawasan peranginan dan mengakibatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana mereka mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah,” katanya.

Pasangan selebriti itu dikatakan masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan sebaik saja mereka kembali ke Semenanjung.

Semoga semua salah faham dan kekeliruan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik oleh semua pihak.

Kredit: YOY Network