“Jeles je, I bukan robot..” Tak Tengok Lakonan Shukri Yahaya, Tya Adnan Luah di Instagram

Isteri kepada pelakon popular Shukri Yahaya, 33, iaitu Tya Adnan, 29, mempunyai pendirian sendiri apabila memilih untuk tidak menonton karya lakonan suaminya di kaca televisyen.

Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan berkata dia hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan cemburu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan)

“Ya. Jujur la ni. Cemburu ja sebab saya bukan robot. Manusia biasa ja kan, ada perasaan.

“Tapi macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak tengok cerita suami saya. Saya elak ja la daripada mata pandangan saya,” tulisnya.

Tambah Tya, Shukri adalah seorang yang profesional dalam hal berkaitan dengan kerja.

“Suami saya pun profesional. Dia tahu mana kerja, mana kehidupan sebenar. Mana rakan kerja, mana bini.

“Yang korang tengok dekat televisyen sweet tu cuba fikir balik belakang tabir tu berapa puluh orang tengok dekat sekeliling,” tulisnya lagi.

Tya memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab di ruangan Instagram Stories.

Sebelum ini, ada pengikut yang bertanya sama ada Tya berasa cemburu apabila suaminya berlakon adegan romantis dengan wanita lain?

“Jujurlah tak akan kak Tya tak cemburu abang Syuk berlakon sweet pegang dengan perempuan lain?” tanya individu yang tidak diketahui identitinya.

Terdahulu, seorang wanita berani meluahkan hasrat untuk menjadi madu kepada Tya Adnan.

Malah, wanita tersebut juga mengakui kini belum bekerja dan berjanji untuk melakukan kerja-kerja rumah jika mereka hidup bermadu.

“Boleh minta nombor WhatApps, akak ada niat baik ni nak berkongsi bahagia dengan Tya boleh?

“Akak orang susah belum bekerja, nak kerja belum ada rezeki. Boleh bermadu dengan Tya sebab akak nak hidup dengan keluarga Tya.

“Handsomelah suami Tya akak suka, akak boleh tolong Tya di rumah. Akak cuma nak ada suami yang boleh lindungi akak di dunia dan akhirat, nak sama-sama pergi umrah dengan Tya. Itu je maksud akak” tulis individu itu.

Sementara itu, Tya memberi reaksi terkejut dengan perangai pelik segelintir netizen yang semakin hilang sifat malu.

Malah katanya, dia sudah pun menyekat akaun Instagram wanita berkenaan di laman sosial tersebut.

“Aneh-aneh betul! Korang tolong DM (mesej peribadi) kakak ni sekejap, kasihan dia kesepian” ujarnya.

Tya mendirikan rumah tangga dengan Shukri Yahaya pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.