Nak Guna Duit KWSP Kena Tunggu Pencen Ke? Tak Perlu! Ada 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Ramai Orang Tak Tahu

Ramai di antara kita membuat potongan bulanan untuk KWSP, namun masih ramai yang tidak tahu terdapat beberapa pengeluaran yang boleh dilakukan sebelum kita pencen.

Pengeluaran buat KWSP boleh dilakukan jika ia menepati syarat-syarat tertentu yang dalam masa yang sama dapat membantu kita dalam beberapa urusan yang melibatkan kewangan.

Mari kita lihat jenis pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP bagi pencarum yang mencarum setiap bulan dengan mereka dan cara bagaimana mahu membuat pengeluaran tersebut.

1. JENIS PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN 

Terdapat 2 jenis pengeluaran untuk akuan KWSP ahli :

    1. Pengeluaran Penuh Akaun 2
    2. Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

2. JENIS PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN

Terdapat 4 jenis pengeluaranyang boleh dilakukan untuk jenis ini antaranya adalah:

  1. Pencarum boleh mengeluarkan kesemua simpanan yang dibuat selama bekerja.
  2. Pencarum juga boleh mengeluarkan hanya sebahagian simpanan (jumlah minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  3. Pencarum juga boleh menggunakan kaedah bayaran bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  4. Pencarum boleh menggabungkan Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Ini merupakan cara-cara yang perlu ahli ikuti:

3. JENIS PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN

Terdapat empat jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh ahli :

  1. Ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan
  2. Atau ahli boleh mengeluarkan hanya sebahagian dari simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Melalui kaedah bayaran bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Melalui gabungan kombinasi sebahagian simpanan + bayaran bulanan

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

4. JENIS PENGELUARAN MENGURANG/MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN 

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

  • Anda perlu membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Anda perlu membawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Anda perlu membawa Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu  l KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

5. JENIS PENGELUARAN HILANG UPAYA

Untuk jenis pengeluaran ini ahli perlu mengeluarkan kesemua simpanan kwsp dan sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau ahli kehilangan keupayaan funsional kekal untuk memperoleh pekerjaan selepas itu (employability).

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

  • Anda perlu membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi  Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
  • Anda perlu membawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Selain itu juga anda perlu membawa Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan.
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

6. JENIS PENGELUARAN  MENINGGALKAN NEGARA

Jenis pengeluaran ini boleh dipohon oleh ahli yang mematuhi syarat berikut :

  • Ahli hendaklah Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
  • Ahli bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli:

7. JENIS PENGELUARAN PENDIDIKAN

Jenis pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

  • Anda perlu membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  • Anda perlu membawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Anda perlu membawa Surat Tawaran Belajar
  • Anda perlu membawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  • Anda perlu membawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  • Anda perlu membawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
  • Anda perlu membawa Borang Temuduga
  • Anda perlu membawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian

8. JENIS PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN DAN PENGELUARAN PESARA PILIHAN. 

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

9. JENIS SKIM PELABURAN AHLI

Skim pelaburan ahli ini membolehkan pencarum memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menjana lebih simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa tempoh persaraan.

Selain itu, ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli:

10. JENIS PENGELUARAN MEMBINA / MEMBELI RUMAH

Jenis pengeluaran membina atau membeli rumah ini membolehkan ahli menggunakan simpanan Akaun 2 mereka untuk menampung pembiayaan permbelian rumah. Ini boleh membantu ahli memiliki rumah untuk dijadikan tempat berlindung apabila mereka telah bersara.

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli:

  • Anda perlu membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Anda perlu membawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Anda perlu membawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
  • Anda perlu membawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Anda perlu membawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

Pengeluaran Membina Rumah

Berikut merupakan syarat-syarat yang eprlu dipatuhi untuk membuat pengeluaran wang bagi membina rumah:

Syarat pengeluaran adalah : Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.

11. JENIS PENGELUARAN SIMPANAN MELEBIHI RM 1 JUTA

Ini merupakan pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta dan mereka mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli:

12. JENIS PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Jenis pengeluaran ini boleh menggunakan simpanan Akaun 2 untuk ahli membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

  • Anda perlu membawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

Anda juga boleh membaca perkongsian mengenai cara pengeluaran berdasarkan pengalaman dari blogger Hafiz Rahim di sini.

Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

13. JENIS PENGELUARAN KEMATIAN

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

14. JENIS PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL

Jenis Pengeluaran Perumahan Fleksibel merupakan satu proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi samada untuk membeli / membina rumah.

Merujuk pada konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP boleh dianggap sebagai pendapatan. Oleh yang demikian ahli boleh mendapat sejumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambil kira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).

  • Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini

15. JENIS PENGELUARAN KESIHATAN

Jenis pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Ini merupakan cara-cara yang perlu diikuti oleh ahli :

  • Anda perlu membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Anda perlu membawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Anda perlu membawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Anda perlu membawa Kad Pengenalan Diri pesakit
  • Anda perlu membawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  • Anda perlu membawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)

16. JENIS PENGELUARAN HAJI

Untuk jenis perngeluaran ini, Kerajaan dengan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

  • Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini

Sumber daripada: Majalah Labur, Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP

*Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.

3 comments

  1. Mcm sy kje tentera kwsp yg sblum masuk tentera ada mcm mn nak keluar kan ada kah sy kena tggu umur 55 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.