“Jiran neraka,” Gara2 Suka Buat Bising Melampau, Jiran ‘Spray’ Tanda Depan Rumah

Bila sebut tentang hidup berjiran ni, sudah tentu banyak isu yang dapat kita lihat di media sosial. Ada yang ‘renovate’ rumah sehingga memudaratkan rumah jiran yang lain. Ada yang selamba parking depan rumah jiran berhari-hari dan banyak lagi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana dinding satu unit rumah di sebuah kawasan perumahan flat disembur dengan cat dipercayai kerana penghuni rumah terlalu bising.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @enridwan, sebuah kawasan rumah flat diconteng dengan perkataan ‘jiran suka bising’.

Difahamkan, tuan rumah sememangnya gemar untuk membuat bising sehinggakan ianya mengganggu ketenteraman kejiranan yang lain.


Dapat kita lihat pengguna TikTok ini lalu di hadapan rumah tersebut dan ternyata rumahnya memang paling bising.

“Biar kita miskin harta jangan miskin Adab. Kesian jiran hadap hari-hari jiran macam nie. Agent pening macam mana nak jual rumah kalau jiran macam gini” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rta warga netizen berang dengan segelintir sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri malah langsung tidak memikirkan orang lain terutamanya mereka yang mempunyai bayi di rumah.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan perkara tersebut bukan sahaja berlaku di kawasan flat namun ada juga berlaku di perumahan teres, kondominium dan banyak lagi.

Antara komen warga maya:

“bukan setakat flat.. rumah teres pun ada macam ni.. buka radio, main alarm kereta sampai nak satu taman dengar.. menyirap hadap”

“dia buka cinema dalam umah tu”

“memang stress dapat jiran macam ni..”

“kalau aku jadi jiran area rumah dia, memang tak tenang aku dalam rumah, buat pula bising time malam.. tak tido aku..”

“nasib malang la berteman jiran sebelah begini..”


Video yang tular di laman TikTok:

@enridwan Biar kita miskin harta jangan miskin Adap . Kesian jiran hadap hari-hari jiran macam nie. Agent pening macam mana nak jual rumah kalau jiran macam gini😅#rumahbusuk#propertyagent ♬ original sound – Ridwan Ibrahim