Kahwini Suami Berusia, Wanita Kongsi Rasa Bahagia Walau Beza Umur 32 Tahun Buat Ramai Kagum

Benar kata orang, jodoh pertemuan itu tiada siapa yang boleh menduga malah ianya juga tidak mengenal rupa paras dan usia muda atau tua bahkan ada juga yang berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih tua dari umur mereka.
Iospital phone repair gombak
Bahkan lebih menarik, terkadang kita berjodoh dengan seseorang yang tidak disangka. Ada yang bercinta dengan kawan baik sendiri, anak kepada kawan ibu atau bapa kita dan banyak kisah lagi yang melibatkan jodoh pertemuan ini.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi kisah percintaan dia dan suaminya yang telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @nashrah227, dia berkongsi moment bersama suami tercinta dan difahamkan jarak perbezaan umur mereka adalah sebanyak 32 tahun.

Bagaimanapun, wanita ini mengakui dia langsung tidak kisah dengan jarak umur pasangannya asalkan si suami dapat membahagiakannya.


“Beza umur 32 tahun. Tapi umur bukan penghalang untuk bahagia. Lelaki berumur lebih menghargai, sabar, tenang dan senang berbincang,” tulisnya.

Mereka juga kini telah melayari bahtera perkahwinan sepanjang 13 tahun malah wanita ini sempat menitipkan doa agar hubungan yang dibina kekal sehingga ke syurga.

“Dah 13 tahun bersama merasai detik suka & duka. Moga Allah hadiahkan syurga buat kita” tambah wanita ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan kata-kata positif buat pasangan tersebut malah turut mendoakan hubungan mereka.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengakui, umur adalah sekadar angka dan ia tidak boleh menjadi pengukur kebahagiaan rumah tangga seseorang hanya berdasarkan umur.

Antara komen warga maya:

“Lelaki berumur ni.. diorang sweet.. moga berbahagia sis..”

“Umur just angka yang penting lelaki tu baik.. bertanggungjawab..”

“Betul sangat.. laki tua ni sangat2 sabar dan senang bawa bincang dan sangat2 tahu menghargai kita”

“Saya pun bersyuku sangat.. jarak usia dengan suami 7 tahun.. Alhamdulillah bahagia.. dia selalu mengalah, tak pernah marah.. sangat2 penyabar.. syukur..”


Video yang tular di laman TikTok:

@nashrah227♬ in the stars by benson boone – charlie

@nashrah227 Replying to @Cik Su680 ♬ original sound – Siti Nur Nashrah