“Kalau kita mengguriskan hati ibu, kecil hatinya.. baik pergi minta ampun cepat” – Hattan

Apabila menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, ramai anak-anak mengambil kesempatan pulang ke kampung seketika untuk berkumpul serta meluangkan sedikit masa dengan ibu ayah.

Iospital phone repair gombak

Antara yang selalu dibuat adalah membantu menyiapkan juadah berbuka, solat berjemaah, mengaji dan bersahur bersama-sama pada hari pertama berpuasa.

Bagaimanapun, tak semua di antara kita dapat merasakan nikmat mempunyai orang tua. Ada yang sudah lama kehilangan insan terpenting ini.

Seperti penyanyi senior, Datuk Hattan ketika menyampaikan pesanan berkaitan perasaan seorang ibu sekiranya anak-anak mengguris hati mereka.

Menerusi satu video di laman Instagram pemilik nama Mohd Shukri Shahabudin itu, mengatakan kehidupan seorang anak tidak bermakna jika menjatuhkan air mata ibunya.

“Ni saya mahu berkongsi. Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, takde untung dekat kita,” katanya.

Tambah penyanyi berusia 59 tahun itu, kejayaan diraih mungkinan akan hilang sekelip mata sekiranya ibu berkecil hati dengan sikap anak.

“Macam mana tinggi pun kita berdiri, tapi kalau kita mengguriskan hati ibu, kecil hatinya.. baik pergi minta ampun cepat.

“Kalau jatuh kebawah, sakit. Berjaya macam mana pun takde makna. Sebab dalam masa 24 jam benda ni boleh hilang. Banyak kali dah terbukti benda macam ni.

“Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya bagi  kita. Kena ingat tu,” pesannya.

Sejak video berbaur nasihat ini dikongsikan sendiri oleh Dato’ Hattan beberapa hari lepas, kini jumlah tontonannya telah mencecah sehingga 38, 466 serta meraih 4583 tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen bersetuju dengan Hattan yang mengatakan ibu adalah segala-galanya bagi kita dan harus diberikan keutamaan selaginya masih bernyawa.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“boto tu tok.. setuju.. tibo2 lak tringat lagu.. Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya”

“Agree Dato’.. Kesabaran mmg kena tinggi bila menjaga org tua ni.. kita sebagai anak kena ingat masa kita kecik dulu, emak kita begitu sabar melayan kerenah kita..”

“Sebagai ibu kdg2 terkecil hati dgn ank2, sampai ada yg betul2 buat kita kecewa dan mengalir air mata. Ketika solat sy cepat2 mintak pd Allah ampunkan dosa anak2, lindungi ank dari sebarang kemudaratan dan beri ank hidayah serta petunjuk Allah. Ya Allah takut sgt Allah balas perbuatan ank yg kecewakan hati kita sebgi seorg ibu dgn sebarang kemudaratan.. Setiap ibu syg sgt dgn ank2 mereka. Hanya Allah shj yg tahu..”

“Samalah kita tok..ibu saya baru jer meninggal 2 mggu lepas..masuk ramadhan ni..teringat2 sgt kat ibu..”

“Boto tu Tok..bertuah sapo2 yg masih ado omak apak..jagolah eluk2..sobab bilo dio oghang dah tak ado nanti,mmg ghindu..menangih jwb eh..”

Video yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)