“Kami juga punya hati” Pelanggan Biadab Selamba Campak Duit, Peniaga Luah Rasa Kesal.

Kita sering dengar bahawa “pelanggan selalu betul”, tapi pada masa kini, ayat itu seolah-olah tidak ‘relavan’ apabila ramai pelanggan yang mengambil kesempatan dan bersikap biadap.
Iospital phone repair gombak
Tidak kiralah sekaya mana pun kita, jika biadab, tetap akan dipandang serong. Malah adab ini juga tidak boleh dibeli dan diwarisi. Baik atau buruk adab bergantung pada kelakukan kita dengan orang lain.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga jalanan berkongsi sebuah kisah tentang seorang pelanggan yang agak sombong dan tidak beradab mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @debab.station, ada seorang pelanggan membayar duit dengan mencampak duit berkenaan ke arahnya semasa pembayaran.


“Customer kurang ajar. Kepada abang yang pakai baju kuning semalam. Jangan campak-campak duit lagi ya. Walaupun abang kaya sekarang, kaya lah dengan adab, bukan biadab,” luahnya

Dia juga menegaskan perkara seperti itu tidak seharusnya dilakukan oleh sesiapa pun kerana setiap manusia mempunyai hati dan juga perasaan.


“Kami hanya peniaga kecilan. Tapi jangan lupa kami juga ada hati dan perasaan,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang langsung tidak ada ‘common sense’ malah tidak menghormati antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga bersimpati dengan nasib peniaga kecil itu malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka berjumpa dengan pelanggan yang sombong dan bongkak.

Antara komen warga maya:

“Banyakkan sabar boss, semua itu dugaan darinya..”

“Saya pernah kena.. saya tak cakap banyak saya tengok muka dia saya geleng je kepala.. sekali jeling je dia dah auto malu”

“Saya niaga kedai makan.. duit dilemparnya.. ada bagi jatuh nasi di lantai.. dipijaknya lagi.. saya sabar..”

“Saya juga peniaga.. juga pernah kena.. tak apa.. saar je.. dah lumrah dunia ada orang baik2 dan ada benih keturunan binatang..”


Video yang tular di laman TikTok:

@debab.station Kami hanya peniaga kecilan tapi jangan lupa kami juga ada hati dan perasaan 😊 #bisnesanakmuda #debabstation #masukberanda #fyp #kualaterengganu #pantaibatuburukterengganu #b40 #makanlokal #streetfood ♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth