“Kami minum biasa2 ja tapi dia ni” Order Air Sirap Cawan, Sekali Dapat Satu Jug Terus Bikin Ramai Dekah!

Kedai makan merupakan salah satu tempat di mana sesebuah keluarga mahupun rakan sering meluangkan masa dengan menikmati makanan bersama dengan orang yang tersayang.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun kadangkala ada sahaja adegan lucu yang timbul sehinggakan tidak kering gusi tertawa dengan gelagat orang sekeliling mahupun rakan sendiri.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang gadis yang telah membuat pesanan air sirap cawan, akan tetapi lain pula yang didapatinya telah meraih perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @biieeyla itu, dia pada awalnya menunjukkan resit air yang dibeli oleh mereka sambil menyatakan bahawa rakannya pada awalnya sudah membuat pesanan berupa ‘air sirap cawan’.

Akibat pelayan kedai makan itu tersilap dengar, bukan cawan yang diberinya. Malah satu jug terus diberikan pada gadis tersebut telah mengundang tawa orang ramai!

“Dia order sirap cawan, tetapi abang tu salah dengar.

“Kami semua minum biasa-biasa, dia ni..” katanya lantas mengalihkan kameranya itu pada rakannya bersama air jug sirap disisi sambil disertai dengan gelak tawa masing-masing mengenangkan situasi tersebut.

Manakan tidak, bukan haus sahaja hilang. Masalah pun hilang sambil berdekah melihat situasi ini berlaku.

Terus boleh ‘tapau’ untuk sahur!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 1.1M tontonan, 120.9K tanda suka, dan 1510 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya terhibur melihat situasi tersebut dan turut berseloroh mengenai kejadian berkenaan.

Antara komen netizen:

“HAHAHAHHAHAHA NI KALAU HAUS JUGAK TIME PUASA TATAU LA 😭”

“terkincing kincing nanti😭 baru minum ayaq dah kenyang”

“bolehlah ni tahan sampai bukak puasa ntt x dk la dahaga sngt”

“ambik kau dia bagi satu jug terus , nanti tak pening dah kalau habis nak order air lain 😭”

“WEHHH HAHAHAHAHAHA PASAL AIR TUU SATUUU, GELAK ANGIN TU PUN SATU HAL GAK AHAHAHAHAH KELAKARNYA YA ALLAH 😭😭”

Video TikTok yang tular:

@biieeylaSatu jug sirap na😭😭😭

♬ bunyi asal – bel