“Kami satu famili sayang Ustaz,” Linda Rafar Dedah Sikap Sebenar Ustaz Ebit Lew

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar ada memberikan dedikasi istimewa buat Ustaz Ebit Lew. Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan Elite ini menerusi Instagram pada Rabu buat tatapan umum. Sambil mengakui dia dan ahli keluarga menyayangi penceramah bebas itu, Linda turut menyifatkan Ebit sebagai individu yang merendah diri.“Kami satu family sayang ustaz, hampir 2tahun mengenali ustaz @ebitlew [...]

Selebriti popular, Linda Rafar ada memberikan dedikasi istimewa buat Ustaz Ebit Lew menerusi laman media sosial.

Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan Elite ini menerusi Instagram pada Rabu buat tatapan umum.

Sambil mengakui dia dan ahli keluarga menyayangi penceramah bebas itu, Linda turut menyifatkan Ebit sebagai individu yang merendah diri.

“Kami satu family sayang ustaz, hampir 2tahun mengenali ustaz @ebitlew terlalu baik dan sgt rendah diri.

“Moga allah berkhati hidup ustaz dunia dah akhirat,”

Malah, Linda pada masa sama turut memohon maaf pada semua bersempena dengan sambutan Ramadan tidak lama lagi.

“Linda juga nk mintak maaf kepada semua yg mengenali diri ini halalkan segala mkn/minum dah maafkan segala tutur kata secara sengaja atau tidak.

“In Shaa Allah, hanya beberapa jam lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan. Bulan yang mana pada awalnya merupakan rahmat, pertengahan merupakan pengampunan dan akhir merupakan kelepasan dari api neraka.

“Marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca ayat di bawah ini:- *“Allahumma Ballighna Ramadhan”* الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” (merupakan doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah S.A.W. menjelang Ramadhan)

“LR Journey. Jemaah Saya Keluarga Saya!,” titip Linda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.