“Kasih si suami” Teman Isteri Di Hospital, Renungan Kerisauan Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

Kesetiaan hingga ke hujung hayat merupakan impian dan harapan setiap orang yang mendirikan rumah tangga.

Kebahagiaan itu hadir apabila pasangan saling lengkap melengkapi antara satu sama yang lain malah pasangan yang ada semasa susah dan senang merupakan anugerah yang paling terindah buat seseorang insan.
Iospital phone repair gombak
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang warga emas dilihat sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan bersama-sama isterinya telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @n0psss, dapat kita lihat mereka berdua berada di ruangan menunggu untuk masuk ke bilik rawatan.

Namun apa yang membuatkan ramai tertarik apabila si suami yang setia menunggu sambil memandang sayu ke arah isteri yang kelihatan agak lemah pada ketika itu mungkin tidak berapa sihat. Walaupun kedua mereka tampak sedikit uzur namun kesetiaan suami tetap berada disitu tidak berganjak sehingga isterinya mendapatkan rawatan telah menyentuh hati.


“Definisi menikah dengan lelaki yang tepat” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga sebak melihat renungan pakcik tersebut terhadap isterinya yang jelas kelihatan agak risau tentang kesihatan isteri tercinta.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sanggup susah senang bersama seperti mereka.

Antara komen warga maya:

“Agak-agak sapa la orang yang akan berama kita sampai tua macam ni en?”

“Mereka tahu jika salah seorang dari mereka telah tiada,, mereka tiada sesiapa lagi untuk hidup bersama..”

“Ya Allah andai aku dapat jodoh yang begini takkan aku sia2kan dia.. sampai nitis air mata tengok..”

“Sebab kenapa aku inginkan lelaki seperti ayah ku.. sedangkan ibuku dijaga sepeerti ratu, aku seperti puterinya.. tiada ganti”

“Dulu ayah selalu teman mak, sekarang mak dah takde peneman..”


Video yang tular di laman TikTok:

@n0psssTrue love.🥹🖤♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto