“Kau nak adik perempuan aku kan..” Pengantin Lelaki Gelabah, Duit ‘Tol’ Tak Lepas Nak Bersanding

Kalau pergi ke majlis perkahwinan orang Johor, selalunya pasti akan ada situasi dimana pihak pengantin lelaki perlu membayar tol untuk memasuki rumah pengantin perempuan itu. Seperti yang rakaman video TikTok yang tular, memaparkan gelagat pihak pengantin perempuan meminta tol daripada si pengantin lelaki mendapat perhatian netizen. Menerusi akaun TikTok FadlishahO, yang merupakan abang kepada pengantin [...]

Bagi anda yang pernah pergi ke majlis perkahwinan orang Johor, selalunya pasti akan ada situasi dimana pihak pengantin lelaki perlu membayar tol untuk memasuki rumah pengantin perempuan itu.

Menerusi satu rakaman video TikTok yang tular, memaparkan gelagat pihak pengantin perempuan meminta tol daripada si pengantin lelaki mendapat perhatian netizen.

Menerusi akaun TikTok FadlishahO, yang merupakan abang kepada pengantin perempuan menjadi ketua penjaga tol bagi memutuskan sama ada lepas atau tidak pengantin lelaki nak bersanding.

Apa yang lucunya, si penjaga tol ini sengaja menyakat dengan tidak mahu membuka jalan selagi duit tol tidak mencukupi sehingga membuatkan pengantin lelaki mula tak keruan walaupun sudah beberapa sampul duit diberikan.

Video tersebut telah mendapat hampir 40 ribu tontonan, rata-ratanya terhibur melihat gelagat suasana perkahwinan orang Johor ini.

@fadlishah0koyak poket kw aq keje kan..kw nak adik ppuan aq kan..##toltetaptol##xdepurplexbukakjalan##🤣

♬ bunyi asal – Fadli Shah


Sebenarnya bukan wang ringgit yang menjadi kira, tetapi adat yang seperti inilah yang selalunya memeriahkan majlis untuk menjadi kenangan indah di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.