Kedai Tak Laku & Sunyi Tanpa Pelanggan, Wanita Minta Edit Gambar Macam Gerai Viral Penuh Orang

Terdahulu pernah tular dimana seorang wanita meminta rakyat Malaysia untuk edit gambar seorang bayi di sebelahnya menerusi group Facebook Edit Apa Harini oleh kerana dia belum dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama mendirikan rumah tangga.

Iospital phone repair gombak

Malah group Facebook EAHN ini juga pernah menjadi bualan setelah ada rakyat Malaysia yang prihatin menunaikan hasrat seorang lelaki kurang upaya agar terlihat normal disamping keluarga tercinta di dalam sebuah foto.

Terbaru, seorang peniaga dengan nama Saliza Ita itu meminta jasa baik ahlinya supaya menyunting foto dia sedang berdiri di kedainya.

Berdasarkan foto yang dimuat naik, kelihatan Saliza berdiri di ruang kedainya, dipercayai di Felda Jaya di Jempol, Negeri Sembilan yang sunyi tanpa pelanggan.


“Boleh tak editkan gambar kedai saya ni biar jadi macam ramai customer.”

“Teringin nak ramai customer macam kedai-kedai makan lain yang viral tu walaupun hanya dalam angan-angan.

“Mudah-mudahan dengan angan-angan ia menjadi kenyataan,” tulisnya pada hantaran tular itu.

Malah, permintaan ini bukanlah satu hajat kosong apabila wanita kelihatan agak berusia usia itu meluahkan mengenai nasib dan hasil jualannya yang tidak seberapa.

Jelasnya dia tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan lain demi mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Hampir putus asa tapi tetap teruskan kerana ini sahajalah kemahiran yang ada untuk teruskan hidup.

“Pernah saja hari tu berniaga dari pagi sampai petang, RM47 sahaja yang dapat.

“Tetap bersyukur kerana masih ada pelanggan yang sudi menjamu selera di kedai kami,” katanya lagi.

Namun apa yang menarik adalah ermintaan Saliza itu segera ditunaikan ahli Facebook EAHN.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar peniaga ini dimurahkan rezeki malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menikmati hidangan di kedai milik Saliza ini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang bertanyakan lokasi kedai makan itu untuk datang support peniaga ini berniaga susulan ramai yang mengatakan masakan Saliza sememangnya sangat sedap.

Antara komen warga maya: