[VIDEO] “Kesiannya adik ni” Sambutan Melampau, Budak Dibaling Telur dan Kek Hari Jadi

Majlis sambutan hari lahir sepatutnya diadakan dengan penuh meriah dan lebih seronok dengan kehadiran ahli keluarga dan kawan-kawan.

Walaubagaimanapun, masih ada yang beranggapan detik istimewa ini seharusnya dibuat dengan membuat perkara yang luar jangkaan dan bukan-bukan kononnya meraikan hari jadi.

Menerusi laman media sosial Twitter, tular satu video seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menyambut hari jadi bersama keluarga.

Namun, video sambutan hari jadi kanak-kanak itu telah mendapat kecamman yang hebat dari warga Twitter.

Ini kerana orang ramai beranggapan cara ahli keluarga itu meraikan majlis hari jadi dengan agak kasar dan tidak bersesuaian dengan umur kanak-kanak terbabit.

“The most stupid parents I ever see.. family paling sia* walau da kne curah dgn telur dia still capai pisau tu nk potong kek korang da musnahkan kebahagiaan budak nih babih!”

Di dalam video tersebut memaparkan budak lelaki berkenaan pada mulanya dilihat sedang tersenyum gembira bersedia untuk memotong kek.

Namun, ketika sedang memotong kek dan diselangi dengan nyanyian lagu Happy Birthday, kanak-kanak berkenaan dilihat telah dibaling dengan telur dan juga seperiuk air oleh ahli keluarganya sendiri.

Malah, kek hari jadi juga habis hancur dan dilumur di muka kanak-kanak tersebut.

Perkara itu  membangkitkan kemarahan orang ramai dengan tindakan yang dilakukan kepada budak itu.

Ianya sangat kasar dan tidak berhati perut lebih-lebih lagi apabila dilihat ahli keluarganya bergelak sakan dengan keadaan yang berlaku.

Boleh dikatakan tiada seorang pun yang menghiraukan perasaannya.

Lebih menyayat hati, kanak-kanak tersebut tertunduk dan menangis apabila diperlakukan sebegitu oleh ahli keluarganya.

Rata-rata netizen sengat geram dan marah dengan kelakuan kaum keluarganya yang dilihat tidak berhati perut.

Which part of this moment yg kelakar sampai dorg sakan ketawa?? I rasa nk pijak2 je lelaki xguna dlm video ni.. Bangsat btul!

Persekitaran macamnilah yg boleh buat budk2 dh besar jdi pendiam. Takde self-esteem. Dia bukan org dewasa yg blh bawak bergurau gelak2 benda2 macamni. Dia budak kecik!

Eee bodoh thats not how you celebrate with kids kalau dengan member tu lain cerita laa

Part yg paling sedih tu bila dia still capai pisau nk potong kek tu lagi.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Default image
admin
Articles: 757