Kelantan Denda ‘Maknyah’ RM1,000, Penjara 6 Bulan

Sejak tertubuhnya Malaysia Baharu, kita dapat lihat ‘aktivis hak asasi manusia’ semakin lantang melontarkan pandangan mereka terutamanya golongan maknyah atau pondan. Kebanyakan daripada mereka menuntut hak sama rata seperti rakyat Malaysia yang lain.

Terbaru, Kelantan telah menguatkuasakan undang-undang dimana hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya 6 bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap lelaki yang disabitkan kesalahan kerana berpakaian seperti perempuan atau berlagak seperti maknyah (pondan) di tempat awam di negeri ini, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad.

Hukuman itu dikatakan tidak tertakluk kepada warga negeri Kelantan sahaja malah boleh dikenakan terhadap  semua pesalah warga tempatan dan orang luar yang datang ke negeri Kelantan.

https://www.youtube.com/watch?v=CepE4QtaE4U

Di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 menyatakan bahawa lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti maknyah (pondan) adalah melakukan kesalahan.

“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah mereka tetapi jangan di tempat awam, ia adalah satu kesalahan serius,” kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad..

Beliau percaya pondan dan golongan transgender ini masih wujud di Kelantan kerana beberapa faktor termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurang perhatian daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka.

“Golongan ini wujud di negeri ini tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar mereka. Semasa saya berkhidmat sebagai ketua penguatkuasa agama negeri, terdapat antara 40 hingga 70 pondan di negeri ini.

“Itu dalam tahun 1980-an dan untuk mendidik mereka, kami sentiasa mengadakan dialog dan juga kaunseling sepanjang masa.

“Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkurangan dari tahun 80- an,” katanya.

Walaubagaimanapun, Daud mendakwa kekurangan dalam menjalankan operasi oleh pihak berkuasa tempatan boleh mendorong maknyah (pondan) ini bebas melakukan aktiviti mereka di negeri itu.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.