[VIDEO] Budak 7 Tahun Disahkan Koma Selepas Dicampak 27 Kali Semasa Latihan Judo

Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan rohani dan jasmani anak-anak adalah dengan menghantar mereka ke pusat latihan seni bela diri.

Namun, pemilihan pusat latihan seni bela diri sangant penting kerana takut tersalah pilih berkemungkinan salah pula cara guru yang mengajarnya dan boleh merisikokan nyawa anak-anak.

27 kali dicampak

Seperti yang berlaku baru-baru ini di Taiwan, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dilaporkan koma selepas 27 kali dicampak oleh jurulatih serta dua orang budak lelaki semasa berlatih seni bela diri Judo di studio.

Difahamkan, kanak-kanak yang bernama Huang itu pada awalnya dilaporkan kurang sihat. Lantaran itu, bapa saudara Huang meminta jurulatih Judo (berusia 68 tahun) supaya tidak ‘menderaa’ Huang semasa berlatih Judo.

Katanya, jurulatih tidak peduli mengenai kesihatan Huang dan dia disuruh berlatih seperti biasa.

Tubuh dijadikan alat

Huang kemudiannya tidak diajar untuk mempelajari teknik pergerakan Judo, sebaliknya jurulatih tersebut menjadikan tubuhnya sebagai ‘alat’ untuk membolehkan dua pelajar senior mempelajari teknik menjatuhkan musuh ke lantai gelanggang.

Badan Huang diangkat dan dihempaskan ke lantai oleh dua pelajar senior itu tanpa belas kasihan.

Huang tidak tahan menanggung derita setelah lutut dan kepalanya kesakitan. Dia merayu supaya pelajar senior itu menghentikan latihan tersebut.

Rayuan tak diendahkan

Malangnya, rayuan Huang itu diendahkan malah dia dipaksa jurulatihnya untuk berdiri semula. Jika Huang berdegil, jurulatihnya pula yang akan menghempaskan badan Huang ke lantai.

Latihan itu terpaksa teruskan dan Huang dihempas dan dicampak 20 kali oleh pelajar senior manakala dalam proses pembelajaran teknik itu, Huang turut dicampak 7 kali oleh jurulatihnya.

Setelah dicampak sebanyak 27 kali, jurulatih itu mula perasan yang Huang sudah pengsan, mukanya pucat dan matanya memandang ke atas.

Jurulatih meletakkan Huang di sisi pak ciknya yang duduk di tepi gelanggang. Apabila ditanya mengapa Huang pengsan, jurulatih itu berkata Huang hanya berpura-pura pengsan.

Rasa tidak sedap hati, pak cik Huang menelefon ambulans dan kanak-kanak malang itu dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Apabila tiba di hospital, Huang terpaksa menjalani satu pembedahan kecil. Pembedahan itu berjaya namun Huang dilaporkan dalam keadaan koma dan kini dia masih berada di ruang ICU.

Video tular di YouTube

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan jurulatih tersebut dan mahukan keadilan buat adik Huang.

Sumber: YOY Network