Kembali Bertugas Sebagai Frontliner, Ibu Menangis Hantar Kembar 3 ke Taska

Cahaya mata merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan suami isteri dan ramai pasangan yang mengimpikan untuk mendapat anak kembar.

Baru-baru ini tular sebuah video mengenai seorang ‘frontliner’ yang mempunyai anak kembar tiga menangis apabila terpaksa berenggang sebentar untuk pergi ke kerja.

“Hye Uncle Aunty, harini triplet pergi school…Senyap je ingat orang nak bawak gi jalan”

Difahamkan, dia terpaksa hantar ketiga-tiga anaknnya ke pusat jagaan taska berdekatan oleh kerana cuti berpantang tela tamat dan terpaksa akur untuk kembali bekerja.

“sorry sayang, ibu kena pergi kerja..” kata wanita ini melalui kapsyen di dalam video tersebut.

Menerusi video tersebut, pada awalnya kelihatan wanita ini teruja kerana ianya merupakan hari pertama anaknya dihantar ke taska, namun pun begitu, keadaan berubah menjadi sebak sejurus wanita ini masuk ke dalam kereta kerana terpaksa berjauhan sementara.

Moment tersebut sempat dirakam oleh suaminya yang turut bersama-sama menghantar ‘triplet’ mereka.

“drama air mata ibu, sebab tinggal baby.. maklumlah, tak pernah pisah dengan si kembar 3 ni..”katanya.

Tak terhenti di situ, oleh kerana tak sanggup melihat isteri tercinta sedih, sang suami cuba memujuk dengan membawa isterinya makan nasi kerabu.

Dalam pada masa yang sama, dikatakan wanita ini sempat berbual melalui Whatapps dengan penjaga anaknya di taska, guru kepada ‘triplet’ ini juga memberi rakaman video kepada wanita ini untuk memaklumkan anaknya dalam keadaan baik dan tidak menangis semasa berada di taska.

Video yang tular di TikTok:

@triplet.syera #fyp ####foryou #kembar ♬ original sound – Triplet.syera

@triplet.syera Reply to @jamiejez ♬ original sound – Triplet.syera

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 79.1K tontonan, 5716K tanda suka, 357 komen dan 256 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat ibunya dan ada juga netizen yang menyifatkan ianya merupakan perasaan semula jadi yang dikurniakan buat mereka yang bergelar ibu.

“saya juga ada pengalaman first day  hantar anak ke pengasuh.. seharian mata bengkak nangis sebab berpisah dengan anak”

“mood kelaut first month hantar anak ke taska”

“saya sanggup berhenti kerja sebab saya memangtak percaya sesiapa jaga anak saya.. biarla kurang duit janji anak depan mata”

“hati seorang ibu memang macam tu.. susah nak berpisah dengan anak..”

“nanti duduk dekat ofis asyik tengok jam je bila nak balik ni”

“ibu anggota frontliner.. tabah ya ibu, semua ibu first berpisah dengan anak memang rasa sedih.. tengah kerja pun dok teringat je..”

“first time memang macam tu naluri seorang ibu”

Default image
admin
Articles: 917