“Kena monitor under HDU, ada hentakan di kepala” Fad Bocey Kemalangan, Isteri Update Keadaan Terkini

Siapa tidak kenal dengan pelawak terkenal iaitu Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam malah kini dia juga merupakan seorang penyampai radio.
Iospital phone repair gombak
Terbaru, tular di media sosial dimana Fad Bocey terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Isnin selepas terbabit dalam kecelakaan jalan raya.

Insiden tersebut dimaklumkan sendiri oleh isterinya Nur Syahirah A. Rahman menerusi beberapa hantaran di Stories Instagram.


Difahamkan, isterinya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas dihubungi Fad.

“Bad news, baru duduk minum air settlekan barang-barang rumah. Fad call dia eksiden, dugaan apa ni.”

“Doakan Fad please. Dalam keadaan ni ramai yang sampai tolong. Blur dah tak tahu nak buat apa. Fad on the way ke Avisena,” tulisnya.


Syahirah bagaimanapun turut berkongsi beberapa keping foto termasuklah gambar betis Fad yang cedera serta turut memaklumkan perkembangan terkini suaminya.


“Update for now, Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala to make sure semua bagus. Sebabnya masa dekat tempat kejadian, dia muntah.”

“Tapi alhamdulillah dia kuat. Thank you mendoakan, semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT,” luahnya lagi.

Tidak terkecuali, sahabatnya Achey turut berada di tempat kejadian bagi membantu Fad menguruskan urusan di tempat kejadian malah pelawak ini turut memuat naik perkongsian mendoakan agar sahabat perjuangannya itu kembali pulih seperti sedia kala.


“Moga cepat baik sahabat,” tulis Achey.

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen mendoakan agar Fad cepat sembuh supaya dapat menghiburkan orang ramai seperti selalu.

Antara komen warga maya:
“Semoga cepat sembuh sahabat.. berderau tadi masa…”

“Semoga cepat sembuh fad.. dan hubungan kalian, persahabatan kalian kekal sampai syurga aminn”

“Achey ni bagus sejenis yang sayang sahabat.. macam arwag abam sebelum ni..”

“Tengah sakit2 sempat lagi member buat lawak.. memang terbaik la”


Video yang tular di laman Instagram: