“Kepada yang mudah terhibur dgn cerita ‘sampah’ dua manusia tu…” Izwan Azir Minta Media Hentikan ‘Drama’ DSV & Iqbal

 

Nama Dato Seri Vida dan juga bekas PA nya semakin hari semakin dikenali dan disebut ramai dek kerana ‘drama’ mereka yang bagai tiada penghujung.

Manakan tidak, ada sahaja isu yang mahu dibangkitkan sehingga netizen ‘confius’ mana satu sahih mana satu tidak.

Terbaru, Penyampai radio Buletin FM atau lebih dikenali sebagai Izwan Azir Saleh memohon agar media tertentu berhenti memberikan liputan terhadap kisah yang berlaku antara usawahan selebriti, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Dia juga sempat berkongsi pendapat dan pandangan menerusi ‘posting’ di laman Twitter.

“Saya minta sangat-sangatlah media-media tertentu ni hentikan drama Iqbal dan DS Vida ni. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021! Takkan mentaliti kita tahap itu sahaja?”

“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual, dijaja tapi come on! Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?” ulasnya lanjut.

“Kepada yang mudah terhibur dgn cerita ‘sampah’ dua manusia tu, ketahuilah, mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu Caprice atau Floor 88 ke, tak letak nasi dalam pinggan kita, tak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik, kita dapat apa? Otak makin layu,” ujarnya lagi.

Dia juga beranggapan bahawa berita sensasi berkenaan DSV dan Iqbal tidak memberikan sebarang manfaat.

Warga netizen juga berpendapat bahawa tidak salah kalau mempercepatkan benda yang baik jika betul berniat hendak mendirikan rumah tangga dan elakkan lah daripada membangkitkan isu yang mungkin membuatkan orang ramai ‘bosan’ dan beranggapan ianya hanya ‘marketing’ semata-mata.

Default image
admin
Articles: 917