Kerajaan Nafi Dakwaan TMJ Ada Intipan Terhadap Keluarga Sultan Johor

Sebelum ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan kerajaan baharu menggunakan peralatan khas untuk mengintip dan mengumpul data rakyat Malaysia.

Rentetan daripad itu, pihak kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman turut menafikan kenyataan Tunku Ismail yang mendakwa keluarga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut diintip dan ‘diperhatikan’.

“Setahu saya tiada arahan seumpama itu keluar, sama ada daripada kepimpinan kerajaan atau mana-mana pihak termasuk kepimpinan Pakatan Harapan (PH). Tidak ada.

“Jika Tunku Mahkota Johor ada bukti wujudnya intipan seumpama itu, saya harap beliau beri maklumat tersebut kepada kita dan polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azis berkata, kerajaan sedia menyiasat perkara itu jika benar wujudnya pengintipan sebegitu di Malaysia.

“Kerajaan menafikan dan jika benar Tunku Mahkota Johor ada maklumat perkara tersebut, kami minta beliau maklumkan kepada kami,” katanya.

Baru-baru ini saya telah dihampiri oleh seorang individu untuk membeli sebuah peralatan, yang mana ia juga dimiliki oleh…

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Sabtu, 8 September 2018

Pada Sabtu, Tunku Ismail menulis di Facebook, baginda telah dihampiri oleh seorang individu untuk membeli sebuah peralatan buatan Israel yang turut dimiliki kerajaan.

Menurutnya, peralatan itu digunakan untuk pengintipan serta mengumpul data, malah teknologi tersebut diguna pakai sebelum pilihan raya untuk membantu dalam perang siber.

Mengulas perkara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, setakat jam 8 malam tadi, pihaknya tidak menerima sebarang laporan dibuat Istana Johor berhubung perkara berkenaan.

[su_note note_color=”#d8d8c3″]Sumber Rujukan: Astro Awani[/su_note]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.