Doktor Pesan “Cium anak awak puas2 ya”, Wanita Sedih Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

Sebagai ibu bapa, sebolehnya kita mahu memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak tambahan pula bagi pasangan yang mempunyai bayi.

Namun begitu, kadang-kala ada rutin harian yang perlu dilakukan dan tumpuan kepada si kecil sedikit terganggu.

Bayi 4 bulan tercekik lipstik mainan

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh laman YOY Network, seorang ibu yang bernama Hanis Sakinah Hisham ini berdepan detik cemas telah menceritakan pengalamannya di media sosial.

“Pada tarikh 21/4/21, Masih terbayang- bayang kejadian hitam yang kami alami. Waktu itu hampir berbuka puasa.”

“Setiap Hari, usai mengemas mainan, menyapu dan mop rumah, ummi bentangkan playmat untuk Tajdeed meniarap.”

Ummi ke dapur memasak sementari abi pantau anak-anak

“Setelah yakin tiada benda berbahaya disekelilingnya, ummi ke dapur untuk masak dan memberitahu abi untuk memantau Tasneem & Tajdeed.”

“Ini yang kami lakukan jika salah seorang ada urusan, seorang lagi akan memantau anak-anak.”

Ada yang menyekat kerongkong Tajdeed

“Malang tidak berbau, saat abi pergi ke tandas sekejap, tidak sampai beberapa minit abi menjerit bila terdengar Tajdeed menangis.”

“Ya, tangisannya tidak seperti kebiasaan. Seolah-olah ada yang menyekat kerongkongnya.”

Tajdeed dah biru dan darah mengalir dari hidungnya

“Ummi terlangkupkan Tajdeed dan sempat rasa ada sesuatu dalam mulutnya namun tak berjaya dikeluarkan.”

“Kami bergegas ke hospital terdekat. Tika ini Tajdeed dah biru, darah segar mengalir dari hidungya.”

Sepenuh kudrat dia cuba bernafas

“Tangisannya masih ada namun sangat perlahan, dengan sepenuh kudrat dia cuba bernafas, Alhamdulillah masih bertahan.”

“Setibanya di sebuah hospital swasta, kami serahkan Tajdeed pada mereka untuk diselematkan.”

Tiada apa kuharapkan selain pertolongan dan keajaiban Tuhan

“Dalam masa yg sama, memberitahu keluarga terdekat untuk mendoakan. Tiada yang kuharapkan selain pertolongan dan keajaiban Tuhan.”

“Tajdeed diperiksa, di x-ray namun tidak terlihat mainannya. 2 kali doktor cuba menyedut objek tersebut namun gagal dikeluarkan.”

Mulut Tajdeed dipenuhi darah akibat tekanan

“Belakang Tajdeed ditepuk sekuat hati. Saat ini mulut Tajdeed dipenuhi darah akibat tekanan.”

“Setelah beberapa kali percubaan menyelamatkan, barulah mereka maklumkan bahawa mereka tiada pakar ENT kanak2 disini. Allah, kenapa baru beritahu setelah semua usaha gagal.”

Tajdeed refer ke hospital serdang

“Kemudian Tajdeed di refer ke hospital serdang memandangkan disana ada pakar ENT kanak2.”

“Ketika persiapan ambulan dibuat, kami disuruh menyelesaikan bayaran.”

Allah, nyawa anak kami tak pentingkah pada kalian

“Memandangkan mereka belum dapat jumlah sebenar, mereka meletakkan deposit yang tinggi untuk kami lunaskan. Allah, nyawa anak kami tak penting kah pada kalian.”

“Berbekalkan oksigen dalam ambulan, kami bergegas ke hospital serdang.”

Tajdeed dimasukkan ke dalam Dewan Bedah

“Setibanya di zon merah (kritikal), sebuah bilik bedah dibuka khas untuk Tajdeed memandangkan ini kes kecemasan.”

“Setelah diberi penerangan akan risiko yang bakal dihadapi termasuk pendarahan dan kematian, jam 10 malam Tajdeed dimasukkan dalam Dewan bedah.”

Cium anak awak puas-puas ya

“Saat ini, hanya ummi yang boleh menghantar Tajdeed hinnga ke pintu Dewan bedah.”

“Masih terngiang² ayat doktor pakar tersebut, ” cium anak awak puas2 ya..” Allah, sempat ku bisikkan pada Tajdeed, kuatkan semangatmu sayang.”

Objek yang tersekat adalah gincu mainan

“Tidak sampai sejam dalam Dewan bedah, doktor memaklumkan bahawa objek yang tersangkut dalam saluran pernafasan Tajdeed adalah gincu mainan.”

“Keadaan Tajdeed stabil namun masih bergantung alat pernafasan dan ditempatkan di wad PCICU.”

Kuatnya Tajdeed sayang

“2 malam Tajdeed disana, 2 malam juga ummi tak tidur dan makan mengenangkan penderitaan yang Tajdeed alami.”

“Kuatnya Tajdeed sayang.. polisi di ICU, hanya boleh melawat 15 minit sehari.”

Tajdeed ditidurkan dengan bantuan ubat

“Tajdeed ditidurkan dengan bantuan ubat memandangkan tiub pernafasan dan tiub susu dipasang padanya. Ini bagi mengehadkan pergerakan dan juga merehatkan Tajdeed.”

“Setelah 2 malam di PCICU, ummi dapat panggilan hospital yang mengatakan Tajdeed dah stabil dan boleh dipindahkan ke wad kanak2 biasa.”

Allah, tak terlafaz rasa syukurku padaMu

“Allah, tak terlafaz rasa syukurku padaMu. 2 malam di wad biasa, keadaan Tajdeed makin baik Alhamdulillah.”

“Tiub susu dan oksigen dicabut, Tajdeed dapat menyusu seperti biasa.”

Inilah hadiah birthday terindah buat ummi

“Pada 25/4/21 sempat juga ummi beritahu Tajdeed yang Hari ini merupakan Hari lahir ummi.”

“Jika Tajdeed discaj harini, inilah hadiah birthday terindah buat ummi. Alhamdulillah sekali lagi Allah makbulkan, petang itu kami dapat discaj.”

Terima kasih semua kakitangan Hospital Serdang

“Terima kasih semua kakitangan Hospital Serdang. Layanan dan perkhidmatan yang kami terima sangat baik seperti hotel 5 bintang.”

“Jika dihitung jumlah bintang dilangit, pasti infiniti ku beri pada mereka. Sangat terbaik dan amat memuaskan dari segala segi.”

Terima kasih semua yang mendoakan Tajdeed

“Terima kasih juga buat semua yang mendoakan Tajdeed. Bertalu2 doa dan ucapan kekuatan dititipkan pada kami.”

“Alhamdulillah berkat doa semua, Tajdeed Selamat. Doakan Tajdeed Alfateh terus kuat dan cepat sihat ya.”

Terima kasih Allah atas peluang kedua buat kami

“Siapa sangka, kejadian yang tak sampai seminit, hampir membawa penyesalan seumur hidup. Terima kasih Allah atas peluang kedua untuk kami.”

Semoga adik Tajdeed terus sihat dan membesar menjadi anak yang baik. Moga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)