“Kesian bapak kena tampaq,” Anak Taknak Makan, Taktik Ibu Pujuk Buat Netizen Terhibur

Tidak dinafikan, gelagat kanak-kanak nyata membatkan hari-hari kita terhibur. Ada sahaja idea dan percakapan mereka yang membuatkan kita tidak kering gusi mendengar. Senang cerita, boleh sunyi kalau tak ada diorang sehari.

Namun ada kalanya ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga anak-anak kerana kalau dah sampai ragamnya yang ‘pelik-pelik’ seperti tidak mahu makan sehingga menangis dan sebagainya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ni dimana memaparkan satu taktik berkesan menarik minat anak untuk makan kerana risau anak asyik ‘reject’ makanan.

Menerusi perkongsian YOY, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @nanapusya97, kelihatan seorang anak yang tidak mahu makan dan memalingkan mukanya sebagai tanda tidak mahu apabila disuap makanan.

takut akan sikap anaknya itu, ibunya membuat satu idea spontan dimana dia suakan makanan tersebut ke mulut si bapa dan sama seperti anaknya, dia menolak untuk makan. Akibat tidak mahu makan, si ibu terus pukul peha si bapa.

Anak yang terdiam melihat kejadian tersebut akhirnya membuka mulut sewaktu disuapkan makanan kerana takut menerima ‘nasib’ yang sama macam bapanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@nanapusya97 bila anak taknak makan.. ayah jadi mangsa.. hahaha.. #fypmasukberanda #fypdongggggggg #fypシ #tiktokmalaysia #fypシ゚viral ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – ♡︎

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 442.1K tontonan, 39.4k tanda suka, 1695 komen dan 2381 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat anaknya yang takut melihat ayahnya dipukul akibat tidak makan.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga menyifatkan idea tersebut menjadi cuma berseloroh mengatakan peha si bapa pula yang akan menjadi bengkak.

Beirkut merupakan komen-komen warga maya:

“kesian ayah..kalau hari-hari macam ni mau ngesot pergi kerja”

“besar pengorbanan suami tu”

“ni mesti mamy dah lama pendam”