Kesian Tengok Kedai Jiran Tak Laku, Tindakan Lelaki ‘Viralkan’ Jualan Peniaga Sebelah Buat Ramai Kagum

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah malah perlu berdepan dengan pelbagai risiko bahkan tidak dinafikan setiap perniagaan pasti ada turun naiknya.

Iospital phone repair gombak

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga popia pisang (popis), Apit Zaidi bukan sahaja berusaha untuk memajukan bisnes sendiri tetapi juga membantu peniaga di sebelah gerainya yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Difahamkan, ‘jirannya’ baru sahaja mula berniaga dan menjual pelbagai aneka lauk namun tidak mendapat sambutan ramai.


Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membantu jirannya itu dengan berkongsi video di TikTok sebelum ia menjadi tular.

Tindakannya mempromosikan perniagaan jiran berbanding bisnes sendiri dalam video itu ternyata menyentuh hati dan mendapat perhatian ramai.

“Warga Sungai Petani. Saya nak minta tolong boleh? Saya tak boleh tahan tengok. Abang sebelah saya ni baru niaga. Nak sara anak bini.”

“Dua hingga tiga hari dia niaga… Allahu, tak ada orang langsung. Jadi saya minta hampa (semua) mana baik hati singgah support dia boleh?”


“Yang selalu beli popis kami saya nak cakap terima kasih. Jika esok kalian ada duit, beli dulu makanan abang sebelah ya. InsyaAllah nanti baru singgah beli popis saya balik ya. Kita tolong abang ni untuk semangat dia naik semula,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap lelaki ini dimana membantu sesama peniaga. Manakan tidak, pada masa kini ramai orang yang bersifat dengki dan saling menjatuhkan antara satu sama lain terutamanya dalam perniagaan sehingga ada yang sanggup menggunakan cara halus dan syirik.

Setelah beberapa hari video tersebut dimuat naik, Apit terkejut popis yang dijualnya sering habis walaupun video tersebut dikongsi dengan niat membantu melariskan jualan peniaga lain.

“Assalamualaikum, saya tak reti nak cakap macam mana sebab saya bukan reti cakap sangat.

“Hari ini 800 unit popis habis (dalam masa) 4 jam,” jelasnya.

Menerusi video terkini dimuat naik di TikTok, jelas Apit, pelanggan-pelanggan sanggup datang dari Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sendiri.

Video yang tular di laman TikTok:

@apitzaidi_ #popisBropit #MakananViral #SungaiPetani #Bropit #popis #sungaipetanikedah🔰 #TerimaKasih #fypdongggggggg ♬ original sound – Cha_Cinhay😍 – Adzkia Shopping