“Anak baru 2 bulan,” Wanita Luah Kecewa Suami ‘Alim’ Langgan Pel*cur Masa PJJ

Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan perhubungan yang kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat..

Namun begitu, kita tidak dapat mengelak daripada diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sepanjang bergelar suami isteri.

Sama seperti kisah sedih yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila dia mendapat tahu bahawa suami yang dipercayainya selama ini tergamak melakukan perkara terkutuk di belakangnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook aktivis terkenal iaitu Syed Azmi, seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 tahun telah berkongsi pengalaman pahitnya.

Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan yang ditanggung si isteri apabila mengetahui suaminya tergamak melanggan pel*cur sejak di awal perkahwinan mereka lagi.

“Assalamualaikum Tuan..Saya berUmur 30+thn. saya perlukan bantuan dan nasihat atau mungkin Tuan boleh kupas tentang isu yang saya hadapi.

“Saya berkahwin kali kedua dengan suami sekarang setelah 6 tahun menjadi ibu tunggal dengan 2 anak lelaki.

“Dan suami juga seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki. Kami berkahwin tahun 2019 dan dikurniakan seorang anak. saya diuji dengan ujian yang sangat berat.

“Suami yang selama ini rajin solat 5waktu dan selalu solat dimasjid sejak sy kenal rupa-rupanya sering melanggan pel*cur. Allah. Allah..Allah. berat dugaan ini pada sy.

“Selama ini saya layan suami ibarat raja. Tak pernah saya tinggikan suara atau marah padanya. Semua keperluan terjaga. Kami PJJ sejak kahwin. Selalunya dia balik 2-3 hari sekali.”

Menurut wanita ini lagi, sepanjang perkahwinan, dia tidak pernah sekalipun meninggikan suara malah dia melayan suaminya seperti seorang raja.

Malah, sejak mendirikan rumah tangga lagi dia dan suami merupakan pasangan jarak jauh (PJJ) dan selalunya mereka akan berjumpa 2 hingga 3 hari sekali sahaja.

“Saya sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Gerak hati yang sangat kuat dan saya mula menyiasat dengan sabar.

“ALLAH maha berkuasa satu persatu yang didelete dan disorok semuanya tersingkap satu persatu. Transaksi pembayaran, whatsapp urusan pel*cur, hotel, tarikh dan google maps saya dapat ketahui.

“Hati saya hancur. Saya tanya suami dalam keadaan yang sangat berharap semuanya hanyalah mimpi ngeri. Suami mengaku dan saya rasa dunia saya gelap.”

Walaupun sudah ada bukti di depan mata, wanita ini masih berharap itu hanyalah mimpi. Tetpai harapannya itu musnah apabila suami akhirnya mengaku telah melanggan pel*cur sebanyak 4 kali sejak berkahwin.

“Anak baru 2 bulan masa tu. 4 kali suami melanggan sejak kahwin. Sejak itu semua berubah. Saya ada dapatkan khidmat bantuan pakar. Banyak membantu tapi hati saya macam dah mati.

“Saya masih teruskan rawatan pakar. Saya masih teruskan. Namun kadang2 ia tidak membantu Tuan. Saya hilang rasa percaya dan rasa sangat rendah diri.

“Saya buntu untuk teruskan kehidupan. Sentiasa terbayang keseronokan suami dibelakang saya..saya sangat kecewa. Suami juga selalu mengelak untuk berbincang.

“Saya rasa dia malu dan ego bila aib dia dibuka. Dia taknak faham saya masih cuba nak selamatkan hubungan ini tapi saya harapkan dia membantu saya untuk atasi kemelut ni.

“Tapi suami lebih suka diam dan harap saya pulih sendiri. Sebab tu say buntu Tuan. Kadang2 saya sendiri tak tahu apa yang perlu saya buat.

“Adakah saya patut bertahan dan beri peluang sedangkan risiko untuk dia ulangi ada. Patutkah saya terus bercerai untuk mendapatkan ketenangan diri supaya bebas dari rasa tidak percaya?”

Syed Azmi ada meninggalkan nasihat buat wanita ini supaya meneruskan rawatan professional selain meminta wanita ini untuk mengenalpasti pilihan dan melihat kembali apa perancangannya pada masa akan datang.

“Dari Syed Azmi. Bagi saya. Teruskan rawatan profesional. Tapi sebenarnya lihat apa perasaan puan.

“Apa pilihan puan. Apa rancangan masa depan puan. Dan kena check juga STD.

“Semua ni saya mintak tuliskan dengan jelas. Jadikan ia sejelas jelasnya. Dan cuba capai apa yang di rancang.

“Masalah di depan mata tetap sama. Jadi sementara dia tak nak bincang atau kita nak bincang dia tak nak bincang sekali fokus ke tempat lain iaitu untuk puan. Boleh?”

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)