Kongsi Tips Yakinkan Isteri Ada Anak Ramai, Warga Twitter Kecam Pendapat Dr Sheikh Muszaphar

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sering berkongsi kisah penuh inspirasi mengenai kehidupannya bersama anak-anak dan isteri menerusi media sosial.

Kali ini, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik sebuah hantaran melalui sosial media, berkongsi tips untuk para lelaki tentang bagaimana untuk meyakinkan isterinya untuk mempunyai anak yang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa beliau sentiasa menyukai keluarga yang besar dan secara semula jadi beliau mahu menggembangkan lagi keluarga beliau.

Namun begitu, menurut angkasawan ini sebelum dia mahu memiliki lebih ramai lagi anak, dia perlu meyakinkan isterinya dulu lebih-lebih lagi Dr Harlina yang akan mengandung dan melahirkan.

Tambahannya lagi, anak yang ramai dapat menjaga ibu bapa dan tidak akan membuatkan ibu bapa mereka berasa sunyi ketika di hari tua nanti.

“1. Saya uruskan semua benda, awak rehat je

2. Awak tetap nampak cantik walaupun ada enam orang anak

3. Tak nak ke tengok lagi anak-anak yang cantik ni?

4. Dorang akan jaga kita bila kita dah tua

5. Awak takkan rasa sunyi nanti

6. Suasana huru-hara akan buatkan awak sentiasa muda

7. Sunnah untuk ramaikan Ummah

8. Jom pergi shopping dan beli apa yang awak nak

9. Lagi ramai lagi meriah

10. Kita akan tua bersama hingga ke Jannah dan saya akan sayangkan awak sehingga akhir hayat tak kira apa pun keputusan awak.”- tulis Dr Sheikh di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dikritik oleh pengguna Twitter yang rata-rata tidak bersetuju dengan tips-tips yang diberikan oleh beliau dan merasakan bahawa suami seharusnya menghomati keputusan isteri jika si isteri tidak mahu melahirkan anak lagi.

Justeru itu, perkongsian ini hanyalah tips semata-mata tetapi ianya bukanlah diwajibkan untuk pasangan suami isteri mempunyai anak yang ramai. Segalanya memerlukan perbincangan antara suami isteri.

Pekongsian Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di Imstagram:

Sumber: Twitter, Instagram Dr Sheikh Muszaphar