Kongsi Video Anak2 Hisap Rokok Daun, Kak KM Dikecam Netizen

Usahawan kontroversi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri sentiasa mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar atau video menerusi laman sosial instagramnya.

Kak KM sekali lagi menjadi bualan hangat orang ramai apabila video terbaharunya yang dikongsikan di laman Instagram kembali mendapat kecaman.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan anak perempuannya Rania sedang menggulung dan menghisap rokok daun secara beramai-ramai di sebuah acara keluarga.

Menerusi ruangan kapsyen video berkenaan, Kak KM memaklumkan rokok daun itu tidak mengandungi sebarang tembakau.

“Tak ada tembakau, masing-masing poyo dengan rokok daun,” tulisnya.

Tidak dimarahi malah dibiarkan sahaja anak-anak mereka menyedut daun rokok terbabit dan beraksi seperti menghisap rokok sebenar.

Video yang tular di laman Instagram Kak KM:

 Walau hanya sekadar daun rokok, tetapi tindakan itu dianggap tidak wajar kerana umum mengetahui merokok membahayakan kesihatan.

Menerusi ruangan komen netizen, ada yang menggangap ia sebagai perkara yang biasa dan melucukan, namun ada juga yang berpandangan sebaliknya.

Antara komen para netizen:

 

 

Ada pengguna yang meluahkan kekecewaan apabila sebagai ibu bapa gagal memberi contoh terbaik kepada anak-anak dan sanggup membiarkan anak mereka berbuat demikian kerana tindakan itu juga mampu membahayakan kesihatan.

Jika diusia muda sebegitu sudah diajar sebegitu rupa, apa yang akan berlaku sekiranya mereka meningkat lebih dewasa kelak.

 

Sumber: Instagram @kmfavourite.testimoni