Kongsi Video Di Pantai, Ada Yang Pertikai SOP Isteri Nazri Aziz Kuarantin Di Villa Mewah

Sejak minggu lalu, beberapa orang kenamaan yang terlibat dalam dunia politik telah disahkan positf Covid-19. Antaranya ialah bekas menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nazri Aziz. Beliau dipercayai mendapat simptom virus tersebut dan disahkan positif ketika menghadiri satu sidang media yang dijalankan pada 12 Januari 2021.

Susulan daripada itu, isterinya iaitu Datin Seri Haflin Nazri Aziz dan anak mereka turut sama disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di resort milik keluarga di Kelantan.

Di Instagram, Haflin memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang berada di tepi pantai sebuah villa. Haflin turut kelihatan berlari menuju ke dalam lautan sambil diperhatikan anak dan pembantu rumahnya.

Jelas Haflin, proses kuarantin tersebut dipercayai terlalu baik buat dirinya dan keluarga apatah lagi berpeluang menjalani proses tersebut di villa kepunyaan mereka.

Gelang bewarna ‘pink’ dipercayai turut kelihatan di tangan Haflin.

Menerusi posting yang dimuat naik itu juga, rata-rata netizen meninggalkan komen bahawa Haflin seorang wanita yang beruntung kerana menjalani proses kuarantin di villa mewah tersebut.

Namun begitu, masih terdapat beberapa persoalan yang timbul dan diajukan oleh netizen kepada Haflin di ruangan komen.

Antaranya ialah, adakah staf di villa tersebut masih bekerja semasa mereka menjalani proses kuarantin dan adakah Haflin masih menolak untuk mengambil vaksin memandangkan dia didakwa bukan golongan yang berminat untuk menerima vaksin.

Terdahulu media melaporkan isteri kepada Ahli Parlimen Padang Renggas, Datin Seri Haflin Nazri Aziz memaklumkan bahawa dirinya positif Covid-19.

Selain itu, anak lelaki mereka yang berusia empat tahun dan seorang pembantu turut disahkan positif Covid-19 pada tengah hari Selasa.

Memetik laporan mStar, Haflin mendedahkan dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di sebuah villa miliknya di Kandis, Bachok, Kelantan.

“Saya baik-baik saja, sedang jalani kuarantin di rumah. Saya, anak dan pembantu dijangkiti Covid-19 tahap 1 dan akan menjalani kuarantin selama 10 hari”.

“Saya perhatikan, anak pun tak alami demam atau batuk-batuk. Saya pastikan dia kekal aktif dan bagi vitamin, minum banyak air dan buah-buahan”.

Saya yang bawa Datuk Seri Nazri ke hospital

“Saya yang bawa Datuk Seri (Nazri) ke hopsital pada malam tiga hari lepas. Saya cuba buat saringan, hubungi semua hospital di Kota Bharu tapi hari dah malam”.

“Jadi saya perlu tunggu sehinga esok pagi. Semua pembantu, pemandu saya bawa sekali buat saringan. Tengah hari Selasa saya disahkan positif,” ujarnya.