“Kuasa Allah,” Satu Rumah Bersepah Dimasuki Air Banjir, Tapi Bilik Solat Kering & Tersusun Tarik Perhatian Netizen

Negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Pastinya banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.

Tidak cukup dengan itu, rumah juga hanya kelihatan bumbung sahaja manakala haiwan liar seperi ular dan buaya mula naik ke darat dan memasuki premis.

Namun siapa lah kita sebagai hamba hendak menidakkan kuasa Allah?

Terbaru, tular di media sosial tentang bilik solat dilihat kering dan tidak dimasuki air telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @cik_juliaa, kelihatan seorang pemuda sedang merakam situasi rumahnya setelah dilanda banjir baru-baru ini.

Apa yang membuatkan orang ramai terkejut adalah, semua bahagian di rumahnya seperti dapur, bilik tidur dan ruang tamu berselerakkan dan berlumpur serta ada juga barang yang dihanyutkan air.

Bagaimana pun, terdapat sebuah bilik yang difahamkan digunakan untuk solat masih cantik dan tidak dimasuki air walaupun sedikit. Nampak bersih dan cantik seolah-olah tidak terusik.

Video yang tular di laman TikTok:

@cik_juliaaSubhanallah.. Allahuakbar…kuasa Allah.. ##fyp ##fypシ゚viral ##fypmalaysia ##malaysiatiktok ##fypindonesia ##tiktokindonesia ##tiktokforyou♬ bunyi asal – Juju

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M tontonan, 200.6K tanda suka, 5201 komen dan 19.2K perkongsian di TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen terkedu melihat perkara ajaib tersebut seolah-olah Allah sedang ingin menyampaikan mesej melalui musibah yang diberikannya pada kita.

“Subhanallah, semalam tengok video ustazah pasal Al-Quran tenggelam tapi tak basah, harini bilik solat pula” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah para netizen tertnya-tanya apakah amalan yang dilakukan oleh penghuni rumah tersebut sehinggakan tidak berlaku kerosakkan langsung pada bilik solat tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya:

Kredit: YOY Network