“Kuat hatimu kakak iparku,” Suami Kantoi Nikah Lain, Wajah Isteri Atas Pelamin Buat Netizen Sebak

Kebanyakan wanita paling ‘pantang’ jika disebut bab berpoligami, boleh terbang semua pinggan mangkuk dekat dapur dek kerana mengamuk bila tahu suami nak kawin lain.

Bagi wanita, poligami ni tak boleh dibawa bergurau, boleh merajuk seminggu kalau suami menyakat bab poligami!

Biarpun begitu, masih ada segelintir yang tidak kisah dan dapat menerima ‘orang’ baru. Siap jadi kawan baik dengan madu sendiri asalkan sang suami bertanggungjawab dan memberi kasih sayang sama rata.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana suami kepada wanita ini kantoi kahwin lain namun wanita tersebut masih mampu bergambar sekali mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian YOY Network, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TIkTok @puanrose71, abang kandungnya telah pun berkahwin tanpa pengetahuan isterinya iaitu kakak iparnya.

Bagaimanapun, isterinya mengetahui hal tersebut Selepas 2 minggu dan siapa sangka wanita tersebut menerima madunya dengan hati yang terbuka.

Apa yang lebih mengejutkan adalah kakak iparnya itu kelihatan sangat mesra bersama madu dan kelihatan tidak kekok sewaktu majlis persandingan dilangsungkan.

Video yang tular d laman TikTok:

@puanrose71tahniah untuk kakak iparku yg pertama (berbaju kurung) seorg yg sgt kuat dn tabah ..tidk bergadoh tidk bermusuhan..dan snggup berkongsi suamI..♬ Di Renjis-Renjis – R.Ismail

@puanrose71 #berkongsi ♬ bunyi asal – mell – PUTIHSIROS❤

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 75.6K tontonan, 2590 tanda suka,650 komen dan 160 perkongsian di TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat video tersebut dimana wanita itu masih terlihat kuat dan tersenyum walaupun jauh dari lubuk hati ianya sebaliknya.

Dalam masa yang sama, para netizen juga mengakui akan berasa sedih sekiranya berada di tempatnya dan tidak mampu untuk tersenyum seperti mana yang dilakukan oleh wanita tersebut

Antara komen warga maya:

Default image
admin
Articles: 1052