“Kuat menyakat” Sergah Mat Motor Di Stesen Minyak, Gelagat Abang Polis Undang Dekah Netizen

Tidak dinafikan, setiap kali terserempak dengan pihak berkuasa di atas jalan raya, pasti kita akan terus berasa cuak dan bimbang disaman atas kesalahan lalu lintas.
Iospital phone repair gombak
Terkadang, kita yakin diri sudah lengkap seperti mempunyai lesen, cukai jalan dan sebagainya namun entah mengapa, jantung tetap berdegup laju.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bertempiaran lari apabila disergah pihak berkuasa mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @theguardian, kelihatan beberapa orang remaja singgah di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya.

Kemudian datang sebuah kereta polis datang untuk menyerang dan apa yang melucukan adalah mereka lari menyelamatkan diri dan salah seorang daripada mereka hanya menolak motor kerana tidak sempat melakukan apa-apa.


Lebih kelakar apabila ketiga-tiga pihak polis yang berada di situ tidak dapat menahan ketawanya
melihat gelagat anak muda tersebut selepas ‘disakat’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak kering gusi apatah lagi bila melihat abang polis yang gelak tak ingat dunia.

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mungkin budak lelaki yang lari itu menolak motosikalnya sehingga sampai ke rumah kerana terlalu takut.

Antara komen warga maya:

“Abang polis pun menyakat tak agak2 dah.. dengar cerita yang lari tu berlari sampai ke kelantan..”

“Kita yang tengok kat sini pun mengilai sakit perut apatah lagi abang polis tu yang tengok depan2.. megilai sambil pegang perut.. hahahahahah”

“Adoii.. naya kawan tu.. tah sampai mana tolak motor tu..”

“Dengar cerita brader tu tolak motor sampai ke harini tak balik2”


Video yang tular di laman TikTok:

@theguardianofheaven x dak lesen la tu #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #masukberandafyp #fypage #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – The Gu@rdian