Kucing ‘Buat Hal’ Panjat Pokok Tapi Tak Pandai Turun, Reaksi ‘Fed Up’ Abang Bomba Pula Buat Ramai Terhibur

Ramai diantara kita lebih memilih kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan. Manakan tidak, mereka mudah dijinakkan malah merupakan haiwan yang manja. Malah, kucing juga sesuai dijadikan peneman ketika berseorangan di rumah.

Selain itu, ada juga yang berpendapat melayan kerenah si bulus juga mampu memberikan terapi kepada mereka setelah penat seharian di tempat kerja.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, dalam ‘manja’ mereka, ada juga gelagat atau aksi aneh yang membuatkan tuannya pening kepala! Mudah kata, ada sahaja yang hendak dilakukan dan terkadang tak tercapai dek akal.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing memanjat pokok kelapa yang tinggi dan tidak tahu bagaimana hendak turun semula ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @luqmnhkm_, dapat kita lihat kucing itu tersangkut di atas pokok.


Dalam masa yang sama, kelihatan juga beberapa anggota bomba turun padang dan sedang berusaha untuk menyelamatkan kucing itu.

Dia cuba memanggil kucing tersebut untuk turun bawah dan reaksi mukanya seperti ‘fed up’ dengan kucing berkenaan.

“Maleh aku, naik pandai turunnya tak pandai” ujar pengguna TikTok ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan reaksi abang bomba malah mengakui kucing mereka juga mempunyai masalah yang sama dimana pandai naik, tapi tak pandai turun.

“Selalu macam tu. Pandai naik tak pandai nak turun” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan mungkin kucing tersebut sedang healing bahkan ada juga yang mengatakan mungkin si bulus itu sedang melakukan ujian kecemasan banjir.

Antara komen warga maya:

“Sape laa yang sakitkan hati dia.. sampai kat atas sana dia healing..”

“Ini lah masa aku jumpa abang bomba”

“Pernah dulu kucing saya elok bomba naik nak ambil, dia boleh turun sendiri”

“Dia practice standby nanti banjir last2 nak turun sangkut”


Video yang tular di laman TikTok:

@luqmnhkm_Maleh aku naik pandai turun nya takpandai♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop