“Lain macam selera dia” Teguk Botol Kicap Macam Minum Air Biasa, Tabiat Aneh Pemuda Ini Buat Ramai Tertanya-Tanya

Setiap individu mempunyai sifat atau tabiat aneh mereka yang tersendiri. Ada yang sukakan bau hujan, makan beras mentah, dan lain-lain lagi.

Iospital phone repair gombak

Walaupun kelihatan aneh, itulah yang menjadikan seseorang itu unik dengan caranya yang tersendiri, asalkan tabiat itu tidak memudaratkan diri sendiri.

Sama seperti kisah seorang pemuda yang tular di laman TikTok sehingga berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik @pakabuuu itu, dapat dilihat pemuda itu sedang berbaring di atas katilnya sambil bermain handphone.

Namun apa yang anehnya, kelihatan dia turut memegang sebotol kicap dan meneguknya kicap tersebut seperti sedang meneguk air botol biasa.

Bukan itu sahaja malah kicap yang diteguknya itu juga bukan kicap biasa, akan tetapi ianya merupakan kicap yang berperisa pedas!

Rata-rata warga netizen berasa tertanya-tanya akan bagaimanakah dirinya mampu menghirup kicap pedas seperti tiada apa yang berlaku dan seolah-olah sedang meminum air biasa sahaja.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah berjaya meraih sebanyak 619.3K tontonan, 57.6K tanda suka, dan 1514 komen di laman platform TikTok tersebut.

“kicap tu kan pedas oi 🤣😭 kau boleh minum mcm tu HAHAHAHHA,” kata salah seorang netizen di ruangan komen TikTok.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat aksi pemuda itu yang selamba sahaja meminum kicap pekat itu.

Malah ada juga yang berkongsikan bahawa mereka turut mempunyai tabiat yang sama!

Antara komen netizen:

“Mengidam ke dia ni 😂”

“oh no.. is this a thing? i had the same relation with kicap saus abc..😅😅😅😅😅”

“wei dia minum mcm air ja😭”

“KICAP TU SEDAP GILA LAGI LAGI YG EXTRAAA PEDASSSS , AKU DARI ANTI KICAP TERUS JADI KICAP LOVER 😭😭😭”

“Xde, masalah nye dier minum tu mcm minum air biase”

“tadi dh mkn nasi ngan telur..lupa buh kicap.. kena ada kicap juga baru jadi..minum je la biar cmpur kat perut ..”

Video TikTok yang tular:

@pakabuuuMember tngh high

♬ kucing mampus – Kxcingg