Terdapat banyak faktor mengapa ramai yang bekerja di tempat yang sama sehingga bertahun lamanya contohnya persekitaran yang selesa, rakan kerja yang positif dan minat yang tinggi terhadap pekerjaan tersebut.
Bahkan ada juga yang sudah selesa melakukan sesuatu pekerjaan sehingga ianya seakan menjadi rutin malah sayang untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi seorang gadis menggunakan kalkulator di dalam sesi ‘live’ di platform Tik Tok mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter, dapat kita lihat gadis itu sedang berada di tempat kerja sambil menyiapkan sedikit urusan.

Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah gadis tersebut menekan kalkulator dengan sangat pantas ketika membuat kira-kira sambil memandang ke arah dokumen sehinggakan dia digelar sebagai ‘gadis kalkulator’ oleh netizen.
Lebih menarik adalah dia berjaya melakukannya tanpa membuat kesalahan walaupun menaip dengan begitu pantas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan kebolehan yang ada dalam diri gadis tersebut.
Antara komen warga maya:
Aku ni kalau 0+1 pun aku tekan sampai 10 kali nak make sure betul.
— aaaa (@sucrerosea) November 30, 2022
Saya pun boleh tekan laju, tapi taktau betul ke tak 🤣🤣🤣
— Hazimah 🇲🇾🇵🇸 (@hzmhsaadon) November 30, 2022
Untuk i yang jenis tak tinggi level of confident. Tekan laju2 mata kena tengok kalkulator. If tak tengok ada je rasa macam tersalah tekan then mula dari awal semula 😅🥲
— KAKMI 🌈 (@aamysham) November 30, 2022
I used to do similar like this for setahun lebih. Mata x tengok kalkulator dah. Banyangkan daily ada 3000-5000 bills & reports to sum up.
— El Capitán (@MazliMk) December 1, 2022
teringat kwn2 yg kerja bank..kira duit kertas, buat2 kira kat kalkulator dgn type info guna keyboard komputer..bila tanya..org kerja kaunter bank perlu kena tangkas mcm ni.. supervisor yg ajar..utk minimize kan masa sesuatu task lebih2 lg melibatkan kiraan duit yg banyak..
— ₳łⱤ₮Ɇ₥₱Ø ™ ₣Ⱡł₱ 🎭 (@Loverboxs) December 1, 2022
I got 2 questions. First question, how? Secondly, how?
— K’uk’ulkan (@Hxllmxn) November 30, 2022
Video yang tular di laman TikTok:
Guys, laju gila dia tekan kalkulator. 🥵🔥 pic.twitter.com/5qbL82g9uV
— Nak ps5 🇵🇹 (@callmeyid) November 30, 2022