“Laju Sangat Tu Dik” Peragakan Baju Sambil Terpusing-Pusing, Budak Ini Buat Ramai Risau

Sambutan Hari Malaysia antara perayaan yang ditunggu-tunggu di negara ini kerana banyak aktiviti yang dijalankan untuk meraikan hari tersebut bukan sahaja di dalam negara malah sekolah dan daerah juga turut menganjurkan aktiviti pada hari bersejarah ini.

Kebiasaannya, kanak-kanak antara golongan yang akan teruja untuk menyertai acara seperti perbarisan, peragaan dan macam-macam lagi. Mereka perlu bersemangat mengenakan pakaian mengikut tema pada hari tersebut.

Iospital phone repair gombak

Pemeriksaan percuma, klik DI SINI untuk whatsapp kami sekarang!

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan budak perempuan meragakan baju kurung tetapi gelagat si kecil ini pula yang mencuri tumpuan.

Jalan peragakan baju sambil pusing-pusing sampai nak pengsan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang memasuki acara peragaan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak perempuan itu dilihat terpusing-pusing untuk menunjukkan baju. Lebih melucukan lagi adalah budak itu kelihatan hampir pengsan dan terbaring selepas dia berpusing dengan laju.

“Laju sangat terpusing pusing tu Syamillla” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 282K tontonan, 23K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @razalina1987 (TikTok)

 

Amboi dik, laju sangat pusing sampai nak jatuh dah tu! 😛

Video tular di laman Tiktok:

@razalina1987 Replying to @lizaatisaa Nur Aisyah Humaira sambut merdeka #tabikakemas2022 #fyp ♬ original sound – Razalina Ghazali