Lambat Pergi Kerja, Gelagat Lelaki ‘Stress’ Sikat Tersangkut Dekat Rambut Buat Ramai Berdekah!

Pernah tak, bila dah terlambat nak pergi ke sesuatu tempat, pasti ada benda yang tidak diduga berlaku? Baju terkoyak masa iron lah, stoking tak kering lagi, anak tudung hilang, telefon tiba-tiba ‘ghaib’ dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Kadang-kadang, perkara tak terduga macam ni lah yang membuatkan kita lambat bersiap akhirnya terlewat ke kerja, meeting, interview ataupun ke kelas.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘stress’ apabila rambutnya buat hal ketika dia sudah terlambat pergi kerja telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @shazzyzain, kelihatan lelaki itu sedang kelam-kabut bersiap untuk pergi ke kerja.

Tetapi apa yang kelakar adalah, rambutnya yang agak panjang tersangkut pada sikat gulung sehingga tidak dapat dikeluarkan.

Akhirnya, dia terpaksa membawa sikat itu sekali ke dalam kereta dan memandu ke tempat kerja dalam keadaan seperti itu.

Lebih melucukan, apabila dia terpaksa patahkan hujung sikat tersebut dan memakai baju hoodie namun ianya sangat ketara.


“I istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berdekah melihat gelagat lelaki tersebut yang buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sikat ‘melekat’ di atas kepala.

“Aku tergelak bila dia dah masuk kereta masih ada sikat. Unexpexted hahaha” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing yang mana rambut tersangkut di sikat ketika bersiap.

Antara komen warga maya:

“Pakai songkok dulu dik”

“Hahahahaa kalau aku nangis dulu dah pastu gelak balik”

“Sebab tu aku tak pakai sikat rambut jenis tu.. aku pernah juga kes macam ni”

“Saya tengah tak ada mood.. abang buat saya tergelak..”

“Maaf bang saya terhibur betul.. tak cukup nafas saya gelak ni bang siap packag terhantuk kepada kat dinding..”

“Aku tergelak bila dia dah masuk kereta masih ada sikat.. unexpected”


Video yang tular di laman TikTok:

@shazzyzainI istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey