[VIDEO] Guna Periuk Non-Stick Boleh Sebabkan Lumpuh Otak, Prof Doktor Ini Nasihat Buang

Ramai wanita dan juga lelaki gemar memasak dan sering berkunjung ke kedai yang menjual peralatan memasak bagi memudahkan lagi kerja harian kita.

Malah membeli peralatan dapur juga menjadi terapi kepada mereka yang gemar menghabiskan masa di dapur.

Namun begitu, pada masa yang sama kita perlu menyelidik peralatan atau perkakas yang diguna pakai di dapur samada selamat atau tidak.

Adakah periuk non-stick anda selamat

Salah satunya adalah periuk non-stick yang tanpa sedar mengandungi bahan chemical yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga.

Menerusi perkongsian satu video yang didedahkan oleh seorang pakar perubatan dan kesihatan, beliau mengupas lanjut mengenai perkara tersebut.

Beliau turut menekankan aspek risiko yang diterima sekirananya cookware yang digunakan mengandungi bahan coating teflon yang boleh memudaratkan kesihatan.

Bukan sahaja terdedah risiko ketika makan malah ketika memasak

Menurut beliau selepas beberapa ketika menggunakan periuk, terdapat risiko yang perlu diambil kira apabila lapisan kuali anti-lekat mula nampak kesan calar dipermukaannya.

Selain itu juga, bukan sahaja pengguna terdedah kepada untuk dimakan malah kesan lebih dasyat ketika sedang memasak.

Ini kerana, pengguna peralatan tersebut akan mengeluarkan wap asap yang boleh melumpukan otak serta mengalami kerosakan paru-paru.

Sempit dada serta batuk kerana terdedah kepada bahan kimia

Difahamkan, antara simptom lain yang berisiko adalah seperti sempit dada serba batuk kerana terlalu lama terdedah dan terhidu bahan kimia.

Penjelasan lanjut yang diberikan oleh Prof Dato Dr. Noordin itu telah membuka minda orang ramai supaya berhati-hati memilih peralatan yang mereka gunakan di dapur.

@fenso8Periuk nonstick blh sebabkan kanser ##shouldbeme ##kongsikebaikan ##kanser ##nonstick ##fyp♬ original sound – Fenso

Raih tontonan hampir 800,000

Menjengah ke ruangan komen, netizen juta turut bertanyakan pelbagai soalan berkaitan isu tersebut antaranya adalah apakah jenis periuk yang sesuai untuk digunakan di dapur.

Perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah mencuri tumpuan dan meraih hampir 800,000 tontonan setakat ini.