Laung Nama “Hussein” Untuk Panggil Burung Merpati Makan, Netizen Doakan Pakcik Nasi Kandar Murah Rezeki Selalu

Sebenarnya ada banyak cara untuk kita berkongsi rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Selain bersedekah kepada manusia, melakukan kebaikan terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan juga amalan yang murni.

Iospital phone repair gombak

Walaupun haiwan tidak mempunyai akal fikiran dan tidak mampu untuk mengucapkan terima kasih atas kebaikan kita terhadap mereka, percayalah, besar ganjaran pahala yang bakal menanti kita di akhirat kelak.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang pakcik yang juga merupakan pekerja nasi kandar di sebuah restoran nasi kandar di Sungai Petani, Kedah memangil burung untuk diberi makan.

Apa yang menarik perhatian ramai, pakcik berkenaan memanggil burung-burung merpati tersebut dengan cara yang unik iaitu melaungkan nama ‘Hussein’. Melihat daripada gaya pakcik tersebut, sepertinya memberi burung makan sudah menjadi rutin hariannya.

Selain itu, netizen turut teruja dengan bilangan burung yang terlalu banyak terbang ke arah pakcik berkenaan apabila dipanggil, menunjukkan burung itu sudah kenal dan selesa dengannya.

“Orang biasa punya hati yang luar biasa. Hari-hari panggil burung bagi makan. Hebat pakcik ni,” tulis pemilik video ini di ruang kapsyen.

Kata pemilik video, pakcik berkenaan bekerja di Restoran Nasi Kandar Hussein. Memang sama dengan nama yang dipanggil ketika ‘menyeru’ burung-burung itu.

Meneropong ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan reaksi teruja melihat kehebatan pakcik ini menjinakkan burung merpati. Selain itu, netizen turut mendoakan agar dia dimurahkan rezeki selalu dan diberikan kesihatan yang baik.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Allahuakabar… diakhirat nanti burung2 nibakn jadi saksi segala kebaikan nyer..serta medoakan nya .”

“moga murah rezki selalu”

“Tudiaaaa. Hebat pakcik nii 😳”

“Anugerah Allah tak ternilai ..moga pakcik dimurahkan rezeki diberi kesihatan yang baik sentiasa dilindungi oleh nya”

“MasyaAllah.. tabarakallah….moga sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan… Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲”

Video yang tular di laman TikTok

@dsemeling_frozen_seafood Orang biasa punya hati yang luar biasa.. hari² panggil burung bagi makan.. hebat pakcik ni.. FYP skli gaiss.. kredit video dri dady zul..#trending #tiktokkedah #tiktok #fypdongggggggg #foryoupageofficiall #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – DSemeling Fresh&Frozen Seafood