“Legend” Sambut Birthday Di Restoran, Gadis Tak Sangka Duduk Sebelah Man Bai Siap Nyanyikan Lagu ‘Kau Ilhamku’!

Hari ulang tahun kelahiran sememangnya merupakan hari yang sangat istimewa buat setiap orang dan sudah pasti kita ingin meraikannya dengan orang yang tersayang seperti meluangkan masa ataupun keluar makan bersama keluarga dan kawan-kawan.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis menerima kejutan dari uncle meja sebelah semasa sambutan ulang tahunnya di restoran ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @frh_aqlh, sebaik saja rakan gadis itu merakam dan ingin menyanyikan lagu birthday, uncle meja sebelah tiba-tiba menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’.


Siapa sangka, rupa-rupanya yang menyanyikan lagu tersebut adalah Man Bai yang merupakan penyanyi asal lagu berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Man Bai juga sempat mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada gadis tersebut yang pada ketika itu memegang sejambak bunga sambil tersenyum malu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui teruja melihat situasi tersebut apatah lagi kini Man Bai jarang menonjolkan diri di Kaca TV mahupun media sosial.

“The best birthday gift ever. I jealous” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan itu merupakan hadiah yang paling bermakna buat gadis berkenaan. Tidak hanya duduk di sebelah penyanyi legend itu malah menerima ucapan ‘special’ darinya.

Antara komen warga maya:

“Birthday gift paling mahal ni”

“Aww best birthday gift”

“Memori terindah yang tak kan dapat dilupakan..”

“Lain macam dik.. abang man bai pun sporting”

“Gila best woii, tuan punya badan nyanyi sendiri”

“Cuba kalau aku yang nyanyi.. security yang heret aku”

“Legend.. untung la”


Video yang tular di laman TikTok:

@frh_aqlh This deserved a post! Celebrating my friend’s birthday then suddenly the uncle besides us offered to sing. HE WAS MAN BAI !! Thank you uncle Man bai. We are so lucky 🥹 #malaysiansinger #kauilhamku #fyp #fypシ #foryoupage ♬ original sound – Just Farah