Hobi berbasikal dikatakan hobi kayangan kerana harga basikal kini agak tinggi disebabkan permintaannya yang semakin rancak.
Ia adalah satu hobi yang bagus memandangkan rakyat Malaysia kini lebih cenderung melakukan aktiviti sihat.
Namun, pelbagai isu telah dibangkitkan apabila hobi berbasikal ini dilihat satu hobi yang mengganggu orang lain seperti berbasikal secara leka di jalan raya.
Ini boleh dikaitkan dengan sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan beberapa penunggang basikal dipercayai sedang menguji kelajuan basikal mereka di satu kawasan jalan raya yang curam.
Video yang tular di Twitter:
So kalau ni macam mana nak kira? Basikal ke kereta? pic.twitter.com/jkq4FnqMKP
— Fad Manaf (@fadmnf) March 5, 2022
View belakang https://t.co/MNMdQ2M6Se
— Fad Manaf (@fadmnf) March 5, 2022
Namun begitu, salah seorang daripada ‘cyclist’ itu telah ditimpa kecelakaan apabila dia telah terlanggar sebuah kereta mewah yang cuba membelok untuk masuk ke sebuah simpang pada waktu yang sama.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter tersebut, dilihat penunggang basikal tersebut menunggang dengan laju sehingga tidak sempat menarik brek ketika melihat kereta tersebut melintas.
Bagaimanapun, difahamkan penunggang basikal itu hanya mengalami kecederaan ringan meskipun kelihatan impak dari pelanggaran itu agak dahsyat dan ngeri.
Menjengah ke ruangan komen dari warganet, rata-rata mereka memberikan pendapat di mana ada sesetengah mereka menyalahkan pengguna basikal itu kerana mencuba untuk ‘test’ kelajuan di tempat yang salah dan ada juga yang mendakwa pemandu kereta berkenaan yang salah.
Ni susah ni. Just a reminder for basikal to be precautious lah while turun bukit tu. Yall dont hv emergency breaks kot smh https://t.co/RkkC8cs5JK
— 🌻 (@atikaramello) March 7, 2022
senang ja, tiada laluan basikal makanya basikal tu la salah. pastu laju2 macam dia kat trek basikal https://t.co/4o5Uz0MtNT
— AZWA ZUZU (@azwaamanina) March 6, 2022
Kalau driver to concern pada pengguna jalan raya yang lain he will choose to stop but seems dia rushing. If being realistic and logic base on keadaan jalan hahaha turun bukit kot mmg laju la apa2 kendaraan sekali pun. Lagi pun right of way argh pls. https://t.co/gZmNB94cep
— Syahmi (@cemiscott) March 6, 2022
i understand the hate towards cyclists since some of them r a holes but in this case, kereta tu kena break dulu sebelum masuk simpang. https://t.co/nY7UpdYuko
— ً (@aliaraub) March 6, 2022
This could happen to motorcyclist too, sebelum masuk simpang mestilah kena make sure jalan clear dulu. https://t.co/fWKoeNCmB1
— marimario (@mariammuslim) March 5, 2022
Seperti yang kita tahu bahawa aktiviti berbasikal adalah baik untuk kesihatan mental dan fizikal. Walau bagaimanapun, kepada anda yang ingin melakukan aktiviti ini atau sedang melakukannya, perlulah sentiasa peka akan keselamatan diri serta mendapatkan nasihat profesional untuk memastikan aktiviti tersebut sesuai untuk anda.
Sumber: Twitter @fadmnf