[VIDEO] “Lelaki boleh bawa ke syurga, tazkirah pada malam Jumaat dan berjanggut,”- Kakak Neelofa

Kakak kepada pengacara, pelakon dan usahawan terkenal Neelofa, Noor Nabila mendedahkan berkenaan kriteria lelaki yang menjadi idaman adiknya itu dalam sesi Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella.

“Dia seorang sangat menyayangi anak saudara dia. Kalau bercinta dia sangat tegas dan berpendirian.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Menurutnya lagi, Neelofa seorang individu yang tegas dalam bercinta dan mahukan lelaki yang boleh memberikan tazkirah setiap malam Jumaat selain memiliki fizikal berjanggut.

“Lofa seorang yang sangat komited, bekerja keras dan tegas.

“Dia tak tahu masak, tapi sekarang dah pandai. Dia pernah tidur dengan make-up.

“Lelaki idamannya yang boleh membawa ke syurga, boleh beri tazkirah pada malam Jumaat dan berjanggut. Janggut kena simpan, sunnah,” kata Nabila.

Tambah Nabila, Neelofa sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu.

“Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata ‘strict’.

“Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” ujarnya.

Sebelum ini, Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana.

Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga ahli perniagaan terkenal itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Difahamkan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Berikut sedikit info mengenai PU Riz, bakal imam Neelofa.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016. Beliau juga seorang pendakwah bebas serta pelakon.

Biodata PU Riz

1. Nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 25 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim ke empat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSl Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

12. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas peperangan yang berlaku di sana.

13. Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.

14. Gemar bermain futsal.

15. Instagram miliknya yang menggunakan nama @hrisbismail sehingga kini mengumpul lebih 136 ribu pengikut.

Default image
admin
Articles: 818