Lelaki Dedah Kutip Duit Syiling Dekat Troli, Sehari Boleh Mencecah RM50

Kebiasaannya sistem troli di pasaraya seluruh Malaysia kini menggunakan duit syiling 50 sen baru untuk membuka kunci sebelum digunakan.

Susulan itu, sistem berkenaan telah membuatkan individu yang suka meninggalkan troli tanpa meletakkan di tempat sepatutnya akan menyebabkan kehilangan duit syiling mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @helmi_juhari, kelihatan dia menyusun semula troli yang terbiar di parkir dan berjaya mendapatkan ‘pendapatan lebih’ hanya dengan berbuat demikian.

Kelihatan di dalam video tersebut, lelaki itu menjelaskan dia telah meraih RM7 dengan hanya mengumpul troli dalam masa kurang 10 minit.

Video yang tular di laman TikTok:

@helmi_juhari Tu baru weekday, kalau weekend dapat sampai RM50. 😎 #CapCut #lotus #tesco #troli #trolley ♬ suara asli – Rizkan 001 🐓🐓 – story wa

Dalam pada itu, lelaki ini turut mendedahkan jika hari minggu, dia boleh meraih sehingga RM50 pada hari tersebut.

Namun, ada sesetengah netizen mempersoalkan hukum lelaki ini mengambil duit orang lain, tetapi dia mengakui dia sedekahkannya kepada orang yang lebih memerlukan dan susah.

“Saya tak guna duit ini, saya sedekahkan dekat orang susah.”

 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2J tontonan, 111.6K tanda suka, 2400 komen dan 1864 perkongsian di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh dengan mengatakan jangan dedahkan rahsia yang sesetengah dari mereka juga berbuat demikian.

Dalam pada masa yang sama ada juga menyoal tentang hukum duit tersebut jika diambil adakah ianya halal ataupun tidak disebabkan itu duit orang lain.

Antara komen para netizen:

 

 

Sumber: TikTok @helmi_juhari