Lemas Terhidu Asap Tebal, Abang Bomba Berusaha Buat CPR Pada Anak Kucing Undang Sebak Netizen

Menjadi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sememangnya bukan satu perkara yang mudah, bukan sahaja terdedah dengan pelbagai risiko dalam urusan menyelamat malah mereka ini juga memberikan sehabis baik dalam menyelamatkan manusia dan haiwan.

Sesungguhnya Jasa, bakti dan pengorbanan anggota bomba buat negara tidak terbalas.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anggota bomba bertungkus lumus berusaha menyelamatkan seekor anak kucing yang dikeluarkan semasa kebakaran di Miri, Sarawak mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsiaan portal YOY, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak memuat naik satu video pegawai bomba yang dikenali sebagai Mohamad Ainli Akhbar dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng berusaha menyelamatkan anak kucing tersebut yang kelihatan tidak sedarkan diri setelah terhidu asap yang tebal.

Bagaimana pun takdir tidak menyebelahi, kucing tersebut tidak dapat diselamatkan.

“Kucing tersebut dipercayai terperangkap berjaya dikeluarkan oleh pemilik rumah, dan terus cuba diselamatkan oleh Ainli.”

“Walau bagaimanapun, setelah berusaha selama hampir 30 minit, kucing tersebut tidak dapat diselamatkan kerana terhidu asap yang terlalu tebal,” kata jabatan bomba itu menerusi Facebook.

Video yang tular di laman Facebook:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 85K tontonan, 88 komen dan 862 perkongsian di Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap bomba tersebut yang berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan si bulus itu.

Dalam masa yang sama ramai yang turut sebak melihat video tersebut apatah lagi bila mengetahuikucing tersebut tidak dapat diselamatkan walaupun telah pelbagai cara dilakukan untuk menyelamatkannya.

Tidak cukup dengan itu, warga netizen juga mendoakan agar anggota bomba tersebut dilapangkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ekoran niat baiknya itu.

Berikut merupakan komen warga maya:

“terbaik abang bomba.. moga kalian semua sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan”

“terima kasih abang bomba kerana berusaha untuk menyelamatkan kucing tu”