“Lenyek terus,” Tembok Batu Tiba-Tiba Runtuh, Kereta Remuk Dihempap di Cheras

Sering kali kita dengar orang memesan kepada kita agar meletakkan kereta di tempat-tempat yang selamat agar perkara yang tidak diingini seperti kecurian ataupun kemalangan berlaku.

Namun, perkara tersebut tidaklah memberi jaminan apa-apa kepada si pemilik kereta kerana bahaya ada di mana-mana dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja bak kata pepatah malang tidak berbau.

Di Taman Yulek, Cheras, sebuah kereta berjenis SUV telah dihempap oleh tembok batu sehingga remuk! Kejadian tersebut terjadi pada 18 Disember yang lalu pada pukul 7:16 petang.

Menerusi perkongsian YOY Network, kejadian tersebut dapat dirakam melalui CCTV sebuah rumah kejiranan di kawasan itu.

Menerusi video tersebut, kereta tersebut diparkir bersebelahan dengan tembok batu tersebut. Pada mulanya tembok itu kelihatan baik-baik sahaja namun lima saat selepas itu, tembok tersebut tiba-tiba runtuh dengan sekelip mata sehingga menyebabkan kereta yang diparkir itu remuk.

Selepas tembok batu itu runtuh, kelihatan ada air mengalir dengan deras sekali daripada belakang tembok.

Melihat daripada rakaman CCTV itu juga, kereta tersebut sudah hampir tidak kelihatan sebab tertimbus dengan pecahan-pecahan batu dan air yang mengalir deras daripada tembok yang runtuh itu tadi dan menyebabkan lampu penggera kereta tersebut menyala!

Anjing yang berada di tempat kejadian juga turut terkejut dan menyalak dengan kuat seolah-olah ingin memberitahu kejadian tersebut.

Punca kejadian tersebut masih tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Video rakaman CCTV yang dikongsi di Twitter oleh @changing_shade tersebut telah ditonton sebanyak hampir 200 ribu kali serta meraih 8273 retweet dan 7397 tanda suka!

Video yang tular di Twitter

Default image
admin
Articles: 1052