‘Letak atas motorsikal lagi risiko kalau jatuh’ Netizen Tampil ‘Back Up’ Tindakan Ayah Biar Bayi Bersila Di Pam Minyak

Setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini memiliki jalan cerita dan perjalanan hidup tersendiri dan tidak sama dengan orang lain. Ada yang dilahirkan sempurna, ada juga insan yang diuji dengan kekurangan dari pelbagai sudut.
Iospital phone repair gombak
Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang berada namun ada juga yang dilahirkan sebaliknya. Pun begitu, walau apa jua keadaan, percaya lah bahawa kita tidak akan diuji di luar kemampuan kita.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bapa membawa dua orang anaknya ketika isi minyak telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @gurl177, dapat kita lihat seorang ayah meninggalkan bayinya duduk bersila di lantai stesen tersebut manakala, seorang lagi dibiarkan berada di atas motor.


Lebih menarik tumpuan, apabila motorsikal yang digunakan itu itu dipenuhi barang keperluan kanak-kanak.

Video tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen malah ada yang menyifatkan lelaki tersebut seorang ayah yang bagus kerana tidak membiarkan bayinya duduk di atas motosikal tatkala sedang memenuhkan tong putih yang dibawa untuk mengisi minyak.


Dari luaran, dapat kita lihat lelaki tersebut yang serba kekurangan namun ramai yang berpendapat bahawa dia merupakan seorang ayah yang sangat bertanggungjawab dan menyediakan keperluan anak dengan secukupnya tanpa memikirkan mengenai dirinya.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendoakan agar keluarga itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Antara komen warga maya:

“Macam ni lah mak atau ayah keluar sorang2 dengan anak memang struggle nak buat macam2”

“Comel sangat anaki dia.. kalau anak saya dah hilang entah ke mana dia merangkak”

“Semoga keluarga ni dimurahkan rezeki akan datang..”

“Dah tu takkan nak letak baby atas motor time ayah isi minyak, lagi bahaya”

“Hebat bapak dia beli pampers segala.. berjaya beli macam2.. ambil anak lagi.. what a good father..”

“Positif la, ayah nya nak pegang tapi nak isi minyaik.. nak letak atas motor lagi bahaya boleh jauh..”


Video yang tular di laman TikTok:

@gurl177 Bukan senang nk sekarang #fyp ♬ original sound – SUERAYA EL