“Lu cuma pandai sembang.. Sebab belum kena batang hidung,” – Tauke

Seperti peribahasa melayu, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.

Memang benar kita tidak dapat menghalang seseorang itu dari berkata-kata, namun kadang-kadang lisan itu lebih pedih untuk ditelan.

Tauke Jambu kesal dengan segelintir pihak

Itulah yang dirasakan oleh seorang pelawak yang popular daripada rancangan Maharaja Lawak Mega iaitu Tauke Jambu.

Baru-baru ini Pelawak Tauke Jambu telah memuat naik luahan hatinya di story instragramnya.

Beri komen tanpa fikir sensitiviti orang lain

Menurutnya, dia berasa kesal dengan segelintir pihak yang sering memberi komen tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.

Dia juga turut mencabar orang lain untuk berada di situasinya ketika ini dan dikritik oleh orang-orang sekeliling.

Lu cuma pandai sembang pandai komen

Malah ada yang memberi contoh sepertimana dia dikritik semasa menjadi peserta dalam sebuah rancangan komedi Maharaja Lawak.

“Lu cuma pandai sembang pandai komen. Sebab lu tak pernah duduk di situasi orang yang lu komen.”

Dah kena pelangkung baru meniarap berterabur

“Umpama medan Maharaja Lawak, lu stay kerusi empuk juri sedap. Cuba lu duduk jadi peserta? Wa cabar lu.”

“Macam tu lah insan yang lu kecam. Sebab belum kena batang hidung. Dah kena pelangkung baru meniarap berterabur. Wa? steady.”

Zarina Anjoulie balas story Tauke Jambu

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian rakan artis yang turut memberi respon positif kepada agar cekal dan tabah menghadapi netizen.

Tidak ketinggalan juga dengan rakan artis iaitu Zarina Anjoulie yang turut membalas story tersebut dan memberikan kata-kata semangat kepadanya agar tidak berputus asa.

I dah lali dah bang, dah rasa banyak kali

Ujar Zarina yang lebih mesra disapa Anju itu, berada dalam industri hiburan ini kerana itulah lumrah orang-orang yang dikenali yang sering diberi perhatian dalam apa jua situasi.

“I dah lali dah bang. I memang dah rasa banyak kali. Tapi rasa nak give up tu lambat lagi bang.”

Ramai nak tengok kita jatuh bang

“Thats why la saya datang nak kasi semangat ni. Ramai nak tengok kita jatuh bang tapi ramai juga yang support kita.”

Tambah Anju lagi, dia hanya membantu memberikan semangat kepada Tauke walau ramai yang ingin menjatuhkannya.

Anju seolah faham situasi yang menimpa dirinya

Dalam pada itu, Tauke turut berkongsi perbualannya dengan Zarina Anjoulie dan mendakwa bahawa mereka berdua tidaklah rapat.

Namun, dia dapat rasakan Anju seolah-olah faham dengan situasi yang menimpa dirinya kerana dia mampu memberikan semangat kepadanya.

Gua tak rapat pun dengan dia, tapi dia boleh bagi semangat

“Gua tak rapat pun dengan dia. Tapi dia boleh bagi semangat sebab dia dah duduk situasi sama, dan dia faham.”

Tauke Jambu luah rasa syukur

Terdahulu pelawak popular, Tauke Jambu meluahkan rasa syukur apabila pihak polis mengesahkan dia bukanlah individu yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasiseks.

Memetik laporan Harian Metro, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bagaimanapun berharap supaya semua pihak menghentikan fitnah berat yang dilemparkan terhadapnya.

Saya bukan bapa ayam seperti didakawa

“Syukur akhirnya kebenaran terjawab. Saya bukan bapa ayam seperti didakwa. Keluarga juga lega apabila mendapat tahu saya benar-benar tidak bersalah.”

“Jadi, mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak betul sebelum ini harap dapat membersihkan nama saya.”

Sebelum ini ramai yang tidak percaya

“Walaupun sebelum ini saya sudah berterus terang, tetapi ramai tidak percaya.”

“Takkan saya mahu mencanang kepada semua orang bahawa saya tidak salah dan tak mudah untuk saya melenyapkan fitnah yang menimpa saya ,” katanya.

Berhati-hati sebelum menuduh seseorang

Menurut Tauke, dia berharap warganet supaya berhati-hati memberikan komen dan menyiasat secara terperinci kerana boleh mengundang fitnah.

“Berhati-hati sebelum menuduh seseorang. Jadikan iktibar atas apa yang berlaku pada saya.”

Jangan beri komen hingga kecilkan hati orang lain

“Jangan sesuka hati memberi komen sehingga mengecilkan hati orang lain. Jangan membiasakan diri memberi komen tanpa mengetahui kebenaran cerita,” katanya.

Pelawak ini turut mengakui kejadian yang berlaku memberi satu tamparan hebat kepada dirinya, Tauke tekad untuk meninggalkan dunia hiburan.

Saya sedih mereka heret anak-anak dan keluarga

“Saya kesal dengan apa yang terjadi. Jika saya seorang dikecam dan dihina, tidak mengapa.”

“Namun, saya lebih sedih apabila ada yang turut mengheret anak-anak dan keluarga.”

Saya tekad tinggalkan industri hiburan

“Disebabkan itu, saya tekad dengan keputusan meninggalkan industri hiburan. Lebih baik, saya melakukan kerja lain daripada terus menjadi mangsa tohmahan dan cacian.”

“Banyak lagi yang boleh saya lakukan, rezeki Allah yang bagi dan ada di mana-mana saja. Jadi buat apa saya nak takut.”

Saya mahu utamakan keluarga 

“Sekarang saya mahu mengutamakan keluarga dulu dan fokus pada perniagaan kecil-kecilan,” katanya yang reda dengan ujian yang berlaku.

Terdahulu media melaporkan seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasiseks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Op Pintas.

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 750