“Lu memang gentle dik” Lain Macam Memancing Dekat ‘Mall’, Terus Dapat Ikan Besar Raih Perhatian Ramai!

Memancing merupakan salah satu aktiviti yang boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.

Iospital phone repair gombak

Ada yang memancing di laut, tasik, sungai, malah di ‘mall’ pun ada sekarang ni!

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman Twitter mengenai sekumpulan kanak-kanak bersekolah rendah memancing bersama di pusat beli belah telah berjaya meragut perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter @cringemalaysian itu, mereka kelihatan sedang memancing di sebuah pusat beli belah popular The Mines.

Hasilnya, mereka akhirnya berjaya memancing seekor ikan yang sangat besar saiznya sambil tersenyum gembira.

“Strike! Lu memang gentle dik,” tulisnya di ruangan video yang tular tersebut.

Aksi kanak-kanak lelaki berbaju hitam itu yang selamba sahaja mengangkat ikan itu naik ke atas darat turut membuatkan orang ramai merasakan bahawa dia ini sudah pun biasa memancing.

“cara naikkan ikan pegang mulut pun dah tau terer adik ni…Fish On!😗” tulis salah seorang pengguna Twitter di ciapan yang tular itu.

Padu betul adik ni, terus dapat ikan besar pulak tu!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, perkongsian itu telah meraih sebanyak 80K tontonan, 146 retweets, 29 quote tweets, dan 325 tanda suka.

Meninjau di ruangan komen pula, ramai warga netizen terhibur melihat aksi sekumpulan kanak-kanak itu yang ‘rare’ betul memancing di pusat beli belah.

Malah ada juga netizen yang mengakui bahawa di ‘mall’ tersebut memang banyak ikan yang besar-besar.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: