Luah Rindu Pada Ibu & Abam, Ali Puteh Kerat Foto Hidayah?

Pelawak Ali Puteh baru saja memuat naik sebuah foto serta meluahkan rasa rindu pada dua insan tersayang iaitu ibunya, Sabarah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Namun perkongsian Ali Puteh di laman Instagram kini menjadi perhatian netizen.

Menerusi posting tersebut, disebabkan ibunya masih dirawat di hospital, beliau sehingga kini sudah lima hari tidak bertemu dengan wanita tersebut kerana tidak dibenarkan melawat.

“Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang ni dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh ye. Tak ade ape yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih. 5 hari dah mak di hospital dan kami masih belum dibenarkan melawat mak…hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semlam kami semua bersama.”

Dedah Ali lagi, terlalu banyak dugaan yang menimpa keluarganya, akan tetapi beliau tetap percaya bahawa Allah SWT menguji hambaNya tanda sayang agar terus istiqomah kepada-Nya.

Terdahulu, disebabkan seranganasma sejak Khamis lalu, Ali memaklumkan bahawa ibunya terpaksa dikejarkan ke bahagiankecemasan Hospital Selayang.

Walau bgaimanapun, menurut laporan Cari Forum, Ali difahamkan telah mengerat gambar hidayah di posting terbabit.

Ia terbukti apabila foto asal jelas kelihatan wajah Hidayah terpapar di sebelah arwah abangnya.

Meskipunmasih tidak tahu motif sebenar mengapa Ali berbuat demikian, rasanya moleklah kita doakan yang baik-baik sahaja agar keharmonian antara kedua belah keluarga ini berjaya dikecapi suatu hari nanti.

Terdahulu kemelut antara Ali Puteh dan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang bermula sejak Februari lalu terus berlarutan.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, telah bertindak memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut Ali, dia mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” kata Ali seperti dilaporkan Astro Gempak.