“Macam kaki lalat” Dikecam Gunting Bulu Mata, Gadis Ini Perjelas Sebab Terpaksa

Memiliki penampilan yang sempurna dan menarik sudah pasti menjadi impian semua orang, khususnya kaum wanita.

Dari atas hinggalah bawah kalau boleh semuanya nak perfect termasuklah bulu mata seperti eylash extention ataupun eyelash perming.

Eyelash perming merupakan teknik mengeritingkan bulu pada bagian kelopak mata untuk memberikan ilusi sehingga tampak lebih panjang dan tebal namun ianya juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terpengaruh dengan produk yang dibeli di laman e-dagang, wanita ini terpaksa ‘mengorbankan’ bulu matanya mencuri perhatan ramai.

Difahamkan, wanita ini bertindak mengambil langkah drastik oleh kerana bulu matanya rosak teruk sejak lebih dua bulan lalu.

Memetik laporan mStar, Nur Ayishah Borhan berkata segala-galanya bermula apabila dia terlihat satu video mengenai kaedah melentikkan bulu mata (eyelash perming), sebelum dia membeli produk tersebut di laman e-dagang untuk cuba melakukannya sendiri di rumah.

“Sebelum ini saya pernah buat eyelash perming tapi buat di salun. Bila tengok video tu, saya nak cuba buat sendiri dekat rumah.”

“Saya buat pada waktu malam. Masa tu memang nampak cantik dan macam menjadi. Tapi bangun tidur keesokan pagi, bulu mata jadi macam keras kejung. Sampai suami saya pun tegur.”

“Saya cuba basahkan bulu mata dengan air… jadi OK tapi kalau air dah kering, ia kembali mengeras,” ujar wanita berusia 25 tahun dari Johor Bahru, Johor ini.

Bercerita lanjut, keadaan bulu matanya tetap tidak berubah meskipun sudah beberapa hari berlalu malah dia ditegur oleh rakan-rakannya yang perasan dengan perubahan pada bulu matanya.

“Mereka tanya, kenapa bulu mata dah macam kaki lalat. Bila orang tegur, maksudnya keadaan bulu mata saya yang kerinting dan kejung tu sangat obvious.”

“Saya fikir, ‘tak boleh jadi macam ni… kena buat sesuatu’. Lalu saya pun beli serum untuk bulu mata dan sapu. Biarpun dah berapa minggu pakai, bulu mata saya tetap tak pulih seperti sedia kala… ia akan keras dan kerinting bila kering.”

“Dua bulan saya guna serum tapi macam tiada perubahan. Saya ada baca pasal gunting bulu mata. Daripada bacaan saya, ia akan tumbuh semula. Akhirnya saya terpaksa ambil keputusan untuk gunting sebab ia dah rosak,” ujarnya yang juga pemilik label pakaian, Mudahlawa.

Menerusi video menngunting bulu mata yang tular itu, wanita ini hanya berkongsi pengalamannya dan dalam masa yang sama ingin memberikan pengajaran dan iktibar kepada wanita diluar sana agar lebih berhati-hati dalam memilih produk untuk kecantikkan.

“Saya sendiri tak pasti di mana silapnya… sama ada bahan produk tersebut atau teknik saya yang tersilap sehingga bulu mata rosak.

“Selepas gunting, saya tak alami masalah tidur sebagaimana yang dikatakan ramai orang. Orang sekeliling pun tak perasan. Saya biar je, tak pakai fake eyelash pun selepas gunting.

“Ada yang komen, mereka juga pernah buat benda sama sebab bulu mata rosak. Namun saya sedar, ada yang bangkitkan soal hukum. Ya, saya ada baca… hukumnya haram jika mengubah ciptaan Allah.

“Niat saya bukan mengubah tapi nak pulihkan. Mata saya pernah melecet sebab saya cuba macam-macam cara nak pulihkan bulu mata.

“Pengajarannya, jangan cepat terpedaya dengan video reviu. Pergilah buat dengan orang yang bertauliah. Saya sendiri serik namun saya yakin ada hikmahnya. Mungkin video saya jadi pengajaran kepada orang di luar sana,” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@nur_ayishahlepas ni aku da tak terjebak lagi la lentik kan sendiri bulu mata kat rumah,abis rosak bulu mata aku 😭 ##guntingbulumata ##sisterpaksa ##fyp♬ original sound – Nur Ayishah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 142.5K tontonan, 2056 tanda suka, 295 komen dan 92 perkongsian di TikTok.

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 1052