Mahu Halau Hantu Tempayan, Bomoh Rogol Remaja 15 Tahun

Polis menahan seorang bomoh yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ketika menjalankan upacara perubatan tradisional untuk menghalau hantu di sebuah kawasan anak sungai Batang Baleh, Kapit baru-baru ini.

Ibu mangsa berusia 40-an membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, bertindak atas laporan itu pihaknya menahan suspek berusia 34 tahun berasal dari Balingian semalam.

“Ibunya membawa anak perempuannya berjumpa dengan bomoh terbabit untuk berubat kerana disangka diganggu oleh hantu tempayan.

“Mereka bersama anaknya serta dua kawannya dibawa ke tempat kejadian dengan menggunakan perahu oleh bomoh itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sampai di lokasi bomoh mengadakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai itu.

“Selepas selesai upacara miring dan bebiau, bomoh membawa anaknya ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh mereka iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya.

“Semasa upacara membuang hantu itu, anaknya dirogol oleh bomoh. Bomoh menyatakan kepada anaknya supaya tidak menceritakan perkara itu kerana nanti penyakitnya tidak akan sembuh,” katanya.

“Setelah selesai upacara itu, bomoh tersebut kemudian membawa anak pengadu ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh pengadu iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan menghalau hantu dari badan anak pengadu.

“Dipercayai bomoh itu telah mengambil kesempatan memperk0sa mangsa ketika upacara menghalau hantu itu tanpa dilihat sesiapa,” jelasnya.

Freddy berkata, bomoh itu kemudian memberi amaran kepada anak pengadu supaya tidak menceritakan perkara tersebut kepada orang lain dengan alasan penyakkitnya tidak akan sembuh sekiranya mangsa melanggar syarat itu.

Bagaimanapun katanya, anak pengadu telah menceritakan segalanya kepada ibunya selepas mereka pulang ke rumah lebih kurang jam 2 pagi pada 25 Disember lalu.

Freddy berkata, pihaknya yang bertindak atas laporan telah berjaya mengesan suspek lebih kurang jam 3.00 petang itu dan seterusnya menahan susspek.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan pakar,” katanya.

Beliau menambah suspek yang berasal dari Balingian direman selama tujuh hari sehingga 2 Januari tahun depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.