Mak Ayah Buat Prank ‘Handphone Baharu’, Reaksi Anak Buat Ramai Sebak

Sejak pandemik, banyak perkara yang sudah berubah dan yang paling ketara adalah anak-anak kini kebanyakkannya terpaksa menjalani sesi pembelajaran secara PdPR dimana pembelajaran hanya dilakukan secara online di rumah.

Tidak hairanlah mengapa kini gadget seperti telefon pintar dan komputer riba merupakan satu perkara yang penting buat anak-anak malah ada yang terpaksa berkongsi gadget semata-mata untuk menimba ilmu dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Siti Nordiana Daud dan suaminya, Mohd Fauiza Mat Rifin, terpaksa bersilih ganti menggunakan telefon pintar dengan dua anak mereka, Muhammad Riyadh Afham Haikal, 10, dan Muhammad Riyadh Danish yang berusia lapan tahun mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, telefon yang digunakan bagaimanapun sudah mengalami kerosakan kerana sering digunakan untuk urusan perniagaan dan sekolah.

Susulan perkara itu, paangan suami isteri ini membuat rancangan untuk memberikan kejutan buat kedua-dua hero mereka.

“Dulu anak-anak guna telefon saya dan suami untuk PdPR. Telefon saya yang anak sulung guna ni ada kerosakan sikit, sampaikan lag kadang-kadang.

“Mungkin sebab saya pun sering guna telefon tu untuk WhatsApp pelanggan yang nak beli kek lapis Sarawak yang saya jual.”

“Jadi kami belikan dua buah telefon pintar baharu untuk anak-anak. Mula-mula nak buat surprise untuk dua beradik tu, tapi bila fikir balik si adik jenis manja dan tak pernah nak mengalah jadi kami rancang untuk prank adik.

“Phone baru abang kami sengaja letak atas meja supaya mudah dilihat. Jadi abang mudah jumpa dan perasan telefon tu.

“Abang memang seronok sangat sebab memang dari dulu dia nak telefon baru untuk mudahkan urusan PdPR.”


“Nasib baik prank menjadi sebab selalunya adik memang akan cakap ‘tak adil’ dan memberontak kalau diuji, dilayan atau diberi apa-apa sedikit kurang daripada abang.

“Masa hari kejadian tu kami sangat sebak bila tengok abang happy tapi si adik sedih dan mencari phone kalau-kalau kami ada beli juga untuk dia.

“Sebenarnya nak buat lebih lama prank untuk adik, tapi tengok reaksi dia rasa tak sampai hati nak menyakat lama-lama,” jelas Nana.

Tambah Nana, dia turut mengakui sikap tidak adil dan membeza-bezakan anak bukanlah contoh sifat ibu bapa yang baik.

“Reaksi adik yang bingung bermakna memang plan kami menjadi. Lagipun memang adik tak pernah minta phone baru, mungkin dia fikir kami tak beli untuk dia.

“Tapi biasalah anak-anak ada perasaan jealous tu ada walaupun sedikit. Kalau tengok video tu memang adik sangat terkejut sebab telefon baharu untuk dia pun ada.”

“Sebagai ibu kalau dia minta lebih-lebih saya akan hold dulu daripada membeli sebab nak suruh mereka berfikir dan kami akan bagi nasihat dari segi kewangan, ambil pandangan macam mana kalau kita susah dapat tak beli benda tu.

“Lepas dah reda baru kami akan ajak mereka pergi beli apa yang dimahukan. Kami sebagai ibu bapa tak nak apa yang mereka mahu, terus dapat.”

“Dari segi adil… memang kena adillah sebab ikutkan umur adik dan abang sekarang, mereka akan mencabar status kita sebagai ibu bapa dan sekali gus kami akan bertindak ikut kemampuan saja.

“Lagi pula untuk membezakan anak-anak bukan sifat yang baik untuk ibu bapa. Kami sering berfikir cara yang terbaik untuk mereka,” jelasnya mengenai pemberian telefon pintar baharu itu.

Dalam masa yang sama, dia tidak menafikan akan kebimbangan ibu bapa di zaman serba moden ini mengenai penggunaan telefon bimbit luar kawalan oleh kanak-kanak.

“Pendapat saya mudah saja, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak sekarang memang tak dapat dipisahkan daripada telefon.

“Wajib ada untuk kerja-kerja PdPR sekolah dan sebagainya. Kalau dibiarkan mereka hanyut memang akan hanyut dalam dunia bermain gajet.”

BACA: Ibu Sarat Hamil Gigih Masak & Bawa 3 Anak COD Tomyam, Sekali Pelanggan ‘Prank Order’ Bikin Netizen Berang

“Selepas dapat telefon kami bagi, ada beberapa syarat ditetapkan untuk dua beradik tu ikut.

“Sebagai contoh… ada telefon ni tapi kena buat segala kerja sekolah yang cikgu bagi, masa makan tak boleh main phone, masa nak tidur kena serah dekat kami. Alhamdulillah, setakat ni mereka patuh,” jelasnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@pojamatrifin♬ Dj Jang Ganggu Viral Tiktok – DJ Mbon Mbon

@pojamatrifin♬ at my worst – FOMY

@pojamatrifin♬ Anakku Sayang (Acoustic) – Siti Nordiana

@pojamatrifin Reply to @syuhadaharinah06 ♬ original sound – Kek Lapis Sarawak Poja